Belum habis lagi rasanya tentang filem Marvel, Black Panther.
Pecah rekod apabila tajuk Black Panther merupakan filem paling banyak tweet di Twitter. Menerima sehingga 35 juta tweet dari semua pengguna Twitter seluruh dunia sejak pembukaan tayangan pada Februari 2018.
Menyusuli Black Panther ialah Star Wars: The Last Jedi dan Avengers: Infinity War. Malah tweet yang dimuatnaik oleh bekas wanita pertama Amerika Syarikat, Michelle Obama antara ditangga keatas mengenai filem ini.
Congrats to the entire #blackpanther team! Because of you, young people will finally see superheroes that look like them on the big screen. I loved this movie and I know it will inspire people of all backgrounds to dig deep and find the courage to be heroes of their own stories.
— Michelle Obama (@MichelleObama) February 19, 2018
Hebatnya penangan Black Panther yang dikatakan telah mengubah corak permainan industri perfileman yang mengetengahkan pelbagai budaya dan kaum. Ramai peminat Black Panther dan filem superheroes menantikan sekuel yang terbaru dan pastinya kelibat harimau kumbang dalam Avengers sudah mendapat tempat.
WAKANDA FOREVER!