Beberapa hari sudah menerusi akaun Youtube miliknya, sensasi Instagram Little Miss Khan atau nama sebenarnya Nur Ameera Khan yang merupakan adik kepada Neelofa ini ada memuat naik satu video yang mengundang amarah ramai gara-gara mengeluarkan ekspresi jelik terhadap telefon pintar jenama Samsung.
Tonton Video Kontroversi Little Miss Khan Jawab Soalan Quickfire
Dalam video berdurasi hampir dua minit itu, Ameera ada diajukan soalan apakah telefon pintar jenama iPhone atau Samsung menjadi pilihannya namun sebelum lantas menjawab, dengan tidak semena dia terus mempamerkan ekspresi jelik dengan berkata:
Samsung? “Eww”… What are you talking about? iPhone of course.
Tanpa disedari tindakannya itu kemudian mengundang pelbagai reaksi negatif daripada netizen yang menonton video berkenaan meskipun mungkin ekspresi jeliknya itu dilafazkan tanpa niat.
Tidak cukup dengan itu, apabila ditanya apakah menonton filem atau buku yang menjadi pilihannya, tanpa berfikir panjang Ameera berkata yang dia bencikan buku sebaliknya lebih gemar menonton filem.
“Eww! No books! I hate books. I hate reading. Movies”.
Hal itu membuatkan lebih ramai netizen menghambur maki dan melabel Ameera sebagai “Beauty with no brain”.
Kerana Adik, Neelofa Turut Terkena Tempias
Lebih parah apabila nama Neelofa sekali diheret sekaligus membuatkan keadaan lebih tegang.
https://www.instagram.com/p/BgKx6hlF0Vv/?hl=en&taken-by=neelofa
Ini kerana, beberapa minggu sudah Neelofa pernah dikecam kerana menganjurkan majlis pelancaran tudung di sebuah kelab malam terkemuka, Zouk, menganggap konsep lampu neon yang banyak di kelab malam tersebut sesuai untuk diketengahkan dan kena dengan tema koleksi tudung baharu Naelofar Hijab rekaannya.
Walau bagaimanapun, Neelofa sudah pun tampil dengan permohonan maaf di atas isu panas berkenaan untuk meredakan keadaan.