Apa itu Pick A Trip?
Visa dan Corporate Information Travel (CIT) Sdn Bhd, mengumumkan pelancaran Pick A Trip, satu aplikasi mudah alih pelancongan eksklusif buat pemegang kad Visa Malaysia yang membolehkan mereka untuk mencari, memilih dan membuat perbandingan harga dari bermacam syarikat penerbangan dan hotel-hotel dari seluruh dunia.
Info penting
- Pick A Trip menawarkan kaedah yang mudah dalam mencari dan menempah penerbangan dan melihat tawaran penginapan tidak kira masa dan tempat.
- Tambahan pula, aplikasi ini membolehkan penggunaan Visa Checkout, kaedah pembayaran yang selamat untuk pembayaran e-dagang.
- Berfungsi sebagai perancang perjalanan yang berguna dimana semua pecahan perbelanjaan dipaparkan dengan sangat jelas dan jadual perjalanan yang mudah untuk dibaca, memaparkan mata transit, waktu ketibaan dan waktu pelepasan, elaun bagasi, tempahan tempat duduk dan masa kemasukan penerbangan untuk membantu pelancong dalam merancang.
Visa Checkout
Visa Checkout adalah pembayaran dalam talian yang membuat dalam talian, mudah alih dan pembayaran dalam aplikasi bertambah mudah untuk membolehkan pengguna membuat pembayaran tanpa mengira masa dan tempat melalui telefon pintar, PC atau tablet.
Tawaran eksklusif boleh didapati di aplikasi Pick A Trip untuk pemegang kad Visa. Rakyat Malaysia boleh membuat turun Pick A Trip dari Google Play atau App store.