Ingin buat majlis tetapi terikat dengan bajet tertentu? Ini beberapa idea boleh membantu dan merealisasikan impian anda dengan mengenakan bajet yang sangat rendah!
Kebiasaannya semasa majlis (kahwin, hari jadi, ulang tahun perkahwinan) mesti anda sebagai tuan rumah akan memberikan goodies bag kepada para tetamu yang hadir. Ini sebagai tanda penghargaan selain daripada menghidangkan makanan.
Oleh itu, untuk membantu anda berada dalam bajet yang telah ditetapkan, Wedding.com.my telah menyediakan 7 barang murah tetapi masih istimewa untuk para tetamu yang hadir. Walaupun simple sekurang-kurangnya goodies ini mampu memberikan senyuman pada tetamu…
#1 Coaster
Walaupun simple tetapi ianya sangat istimewa. Dengan pelbagai jenis coaster yang terdapat di Wedding.com.my dari sekitar RM 2, anda pasti dapat mencari coaster yang sesuai mengikut tema majlis. Yang pasti tetamu anda juga akan menyukai hadiah ini yang boleh digunakan di rumah mereka sendiri. Praktikalkan?
#2 Bekas Garam dan Pepper Shake
Anda pasti ketahui bertapa pentingnya benda ini, ia adalah sesuatu yang semua orang cari untuk kegunaan harian. Bekas simpanan garam, gula, lada hitam dan sebagainya ini hanya berharga sekitar RM 3 setiap satu. Bila kita ingin memberikan goodies, penting untuk kita ketahui kegunaannya kepada tetamu supaya ia tidak dibuang begitu sahaja.
#3 Sabun
Satu lagi doorgift yang anda boleh letakkan dalam goodies bag kahwin adalah sabun wangi. Aneka sabun wangi yang ada di Wedding.com.my didatangkan dalam pelbagai bentuk yang comel dan terdiri daripada pelbagai jenis warna. Yang paling penting ramuan yang digunakan adalah organik dan bebas bahan kimia, harga pula sangat murah, hanya kira-kira RM 4 sebuku sahaja.
#4 Kotak
Bayangkan hadiah cenderahati berupa coklat atau gula-gula, diletak pula dalam sekotak yang comel, pasti ramai yang tersenyum lebar apabila menerima goodies kahwin anda. Ianya sesuai untuk semua golongan umur. Kalau tercari-cari kotak cantik yang boleh memadankan tema perkahwinan anda, di Wedding.com.my ada yang berharga serendah RM 0.30, sangat menjimatkan.
#5 Tag nama pengantin
Tag nama pengantin bukan sahaja mudah tetapi ianya sangat praktikal. Tetamu anda dapat menggunakan tag ini sebagai penanda buku. Boleh didapati di Wedding.com.my di mana harga sekitar RM 1 setiap tag. Walaupun nilainya tidak seberapa tetapi ia masih seseuatu yang peribadi sebagai tanda mengucapkan terima kasih kerana menghadiri majlis anda.
#6 Cupcake topper
Dah nama perkahwinan bajet, mesti setiap barang pun ada terhadnya. Jika anda mencarik sesuatu yang lebih unik, mungkin cupcake topper boleh dipertimbangkan. Sekiranya anda mendapati cupcake agak mahal, tidak mengapa hanya lekatkan topper ini pada coklat atau lilin sebagai tanda penghargaan. Kos kira-kira RM 4 setiap kad, topper ini boleh disesuaikan mengikut tema perkahwinan.
Mudahkan? Dengan cara ini, anda boleh membelanjakan wang tambahan untuk aspek perkahwinan yang lain atau mungkin juga digunakan untuk bulan madu. Selepas ini, jika anda mencari pakej terbaik yang sesuai untuk anda, buat rundingan secara percuma dengan perancang perkahwinan kami di sini, tiada sebarang ikatan. Hanya melayari? Tiada masalah! Dapatkan lebih banyak inspirasi dan idea untuk perkahwinan anda di sini.
Selamat Maju Jaya!