Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Kecantikan

7 Kesalahan Ramai Buat Bila Guna Masker Jenis Pes

by Afiqah Syamin
March 19, 2018
Sumber: organicfacts.net

Sumber: organicfacts.net

7
SHARES
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Seperti yang kita sedia maklum, masker jenis topeng (sheet mask) itu lebih mudah diaplikasikan ke wjaah untuk kegunaan harian kerana masker jenis pes adalah leceh untuk diamalkan kerana pengguna perlu membilasnya kemudian.

Meskipun begitu, banyak sebenarnya kelebihan menggunakan masker jenis pes ini kerana ramuannya lebih ampuh dan bisa memberikan kesan lebih baik kepada kulit secara menyeluruh termasuklah menyental habis sel kulit mati serta menanggalkan kotoran yang tersumbat jauh di dalam pori-pori wajah jika digunakan secara betul.

Sumber: careergirldaily.com

Keadaan ini adalah berbeza dengan masker jenis topeng kerana ia hanya mengandungi zat esen yang kebiasaanya bantu melembab kulit serta memperbaiki tekstur kulit.

Untuk itu, Wanista kongsikan 7 kesalahan utama yang sering dilakukan wanita kala memanfaatkan masker jenis pes.

#1 Bersihkan Muka Sebersih-Bersihnya

Ramai elak mencuci mekap sebelum menyapu masker pada keseluruhan wajah kerana menganggap mekap itu akan tertanggal sekali sebaik masker dibilas nanti. Anda salah kerana ia tidak benar.

Sumber: thenoshlifeblog.com

Sisa mekap akan terus melekat pada kulit kerana masker tidak mengandungi ejen pencuci seperti pembersih wajah. Seperti cara double-cleansing. Mekap perlu ditanggalkan menggunakan cecair penanggal mekap sebelum mencuci. Selepas itu baru teruskan dengan sabun pembersih dan apabila sudah bersih, barulah boleh menggunakan masker. Ini kerana, masker tidak perlu dicuci dengan sabun. Cukup sekadar air biasa.

#2 Sapu Terlalu Banyak Produk

Pepatah Inggeris ada berkata, “Less is more!”

Jika guna terlalu banyak produk pun tidak boleh juga kerana kulit tidak dpaat menyerap zat produk dengan rapi. Tambah pula, iritasi akan berlaku kerana kebanyakan masker memiliki ramuan yang aktif.

Sumber: tayasunaz.com

Oleh itu, cukup sekadar menyapu lapisan masker yang nipis. Itu sudah memadai.

#3 Menyapu Guna Jari

Tangan dan jari adalah tempat bakteria membiak. Jangan sesekali mencelup jari ke dalam kosmetik atau produk kecantikan yang dibungkus dalam balang. Ini kerana bakteria akan berpindah ke dalam produk sekaligus menjejaskan keberkesanannya.

Sumber: coverbeauty.co.uk

Sebaliknya, gunakan berus bersih khas untuk menyapu masker ke permukaan muka.

#4 Guna Masker Yang Salah Untuk Kulit

Pernah dengar kebaikan mask arang yang biasanya dijual dalam tiub dan perlu ditarik seperti lapisan pelekat setelah selesai? Ramai yang mengakui masker itu adalah sesuai untuk semua jenis kulit dan bagus untuk menarik kotoran yang tersumbat dalam pori seperti blackhead dan whitehead. Walhal, mask itu sebenarnya tidak sesuai dengan semua jenis kulit.

Sumber: infobugar.com

Kulit kering tidak digalakkan untuk menggunakan sebarang masker yang mengering tegang di kulit, lebih-lebih lagi jenis peeling atau skrub kerana dikhuatiri akan menyebabkan kerengsaan. Carilah masker yang bersumberkan kandungan melembab seperti berasaskan timun, tomato, avokado atau air.

#5 Biarkan Masker Terlalu Lama Pada Permukaan Kulit

Pada pendapat kita, membiarkan masker untuk tempoh yang lama pada kulit dapat membiarkan ramuan dan zat baik pada masker itu menyerap hingga ke permukaan kulit paling dalam. TETAPI, anda salah!

Sumber: usalovelist.com

Paling parah apabila anda menggunakan masker jenis tanah liat. Jangan tunggu sehingga tanah liat kering merekah pada kulit baru hendak dicuci. Sebaliknya, rata-rata masker hanya perlu berada di permukaan kulit dari 15 hingga 20 minit sahaja. Selepas itu perlu lekas membilasnya.

#6 Tidak Sapu Pelembab Selepas Bermasker

Bermasker memang baik untuk kulit tetapi tidak menyapu pelembab selepas selesai bermasker kemungkinan akan buat kulut wajah kering.

Sumber: StyleCaster

Seperti yang kita tahu, masker biasanya akan menarik segala kotoran dan sel kulit mati dari wajah membuatkan kelembapan aslinya hilang seterusnya menjadikan kulit kering. Lebih-lebih lagi apabila menggunakan masker jenis peeling.

Wajib sapu pelembab dan toner selepas bermasker okay?

#7 Guna Masker Lama Yang Sudah Habis Tempoh

Jangan tak tahu, masker biasanya boleh tahan dari enam hingga 12 bulan sahaja selepas dibuka dari paket pembukungkusannya. Ini kerana, rata-rata masker memiliki kadar ramuan semula jadi yang aktif. Oleh sebab itu, adalah mustahak untuk anda melihat tarikh luput sesuatu produk sebelum disapukan ke permukaan muka.

Simbol yang lazimnya terpapar pada bahagian tiub atau balang produk kecantikan dan “M” menandakan bulan (months) berapa lama sepatutnya produk itu boleh bertahan sebaik selepas dibuka. Sumber: cassiopea.ro

Harus diingat, kulit wajah sangat sensitif. Bahaya jika anda guna produk yang sudah tamat tempoh. Bahkan, masker tidak lagi akan memberi kesan terbaik kepada kulit sebaik ia tamat tempoh.

RUJUKAN

Tags: Cara Buat Masker BerkesanCara Pakai MaskerkecantikanKesalahan Masa Pakai Maskerkulit cantikmaskerMasker Jenis PesSyarat Pakai Masker Jenis Pes
Share3SendShare

IKLAN

Artikel Berkaitan

Foto - Pinterest
Kecantikan

Ahli Dermatologi Kata Jangan Guna Produk Ini Pada Waktu Panas Terik

by Sofie Azizlan
May 25, 2022
0

Pasti di kalangan kita ada yang tidak tahu bahawa beberapa produk skincare sebenarnya tak sesuai dipakai dalam sesetengah keadaan cuaca....

Baca Lagi
Foto - Beauty Crew
Kecantikan

Musim Panas, Apa Kata Kamu Cuba Solekan Reverse Cat Eye

by IamLisa
May 24, 2022
0

Musim panas ini apa kata cuba solekan yang fun dan ceria. Pernah dengar tentang solekan mata 'Reverse Cat Eye'? Solekan...

Baca Lagi
Foto - Pinterest
Kecantikan

Bulu Mata Tak Lagi Gugur & Pendek Lepas Guna Eyelash Serum Jenama Ini

by Sofie Azizlan
May 24, 2022
0

Nak tahu tak kebiasaannya bila wanita nak bulu mata mereka lebat dan lentik, ramai yang akan gunakan eyelash extension atau...

Baca Lagi
Foto - Arkib DIVA
Kecantikan

Kalau Taknak Botak, Jaga Rambut Guna SAFI Shayla Tonik, #DIVAKongsi Caranya!

by Sofie Azizlan
May 24, 2022
0

Masalah keguguran rambut ini bukan hanya menjadi masalah lelaki saja, malah wanita pun turut alami masalah yang sama. Lebih-lebih lagi...

Baca Lagi
Artikel Selanjutnya
Diva MY

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: [email protected]




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.