Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Makanan

10 Lokasi Ais Kepal Milo Paling ‘Kaw’ Sekitar Malaysia

by Afiqah Syamin
March 18, 2018
Sumber: Twitter

Sumber: Twitter

1.7k
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Siapa yang tak suka minum Milo atau kunyah serbuk Milo begitu sahaja? Rasa malt coklat yang manis dan berkrim itu bisa memikathati sesiapa sahaja, lebih-lebih lagi menggemar manisan yang sentiasa mahukan suatu kelainan.

Sumber: Giphy

Baik di dalam aiskrim, biskut dan bijirin sekalipun, Milo boleh dihidangkan dalam apa jua bentuk juadah asalkan ianya bertepatan dengan rasa yang seimbang. Ini Wanista senaraikan 10 lokasi ais kepala Milo paling sedap untuk anda pergi dan cuba sendiri.

#1 Ais Kepal Milo Viral, Taman Medan

Sumber: Google Images

Kalau dah viral sampai orang beratur panjang mestilah sedap kan? Harga Ais Kepal Milo kat sini baru RM3 je satu. Dapat makan dengan kacang tabur tu memang sedaplah gamaknya!

Alamat: Ais Kepal Milo Viral @ Taman Medan , Petaling Jaya

#2 Ais Kepal Milo Pekat Leleh Kome

Sumber: Says.com

Dah cuba ke belum? Ais Kepal Milo kat sini memang dibanjiri Milo Pekat tau! Korang kalau tengok mesti teliur punya… baru RM4 satu plastik.

Alamat: Jalan Kangsar (berhadapan Farmasi Epal Jaya, Bangunan MARA), Kuala Kangsar, Perak

#3 Johny’s Ice Kepal AU3, Ampang

Sumber: Google Images

Orang-orang Ampang dah rasa belum Ais Kepal Milo best yang ada di sini?! Sudahlah Ais Kepal itu dibanjiri Milo pekat, ditabur pula dengan cip coklat dan berasa coklat. Memang mabuk coklat dibuatnya nanti.

Alamat: Pusat Tuisyen Sri Sepakat , Jln AU3/12 Tmn Sepakat Keramat, Ampang

#4 Milo Kepal anaLicious, Masai

Sumber: Google Images

Belum cuba, belum tahu! Rasa dulu Ais Kepal Milo leleh yang disediakan kat sini. Mesti tak cukup satu punyalah!

Alamat: No.2, Jalan Pulasan 26, Taman Kota Masai, Johor

#5 Ais Kepal Milo – De’melting, Taiping

Sumber: Google Images

Tinggi menggunung Ais Kepal yang disediakan di sini. Kalau nak tahu kepuasannya boleh rasa sendiri apabila menyuap Ais Kepal Milo istimewa yang mereka tawrakan buat pengunjung yang gilakan coklat!

Alamat: Lorong 17, Kiosk Akone, Kolej Komuniti Roundboard, 34600, Kamunting

#6 Gerai Ais Kepal Milo Bukit Chatak, Terengganu

Sumber: Google Images

Bagi orang-orang yang berada di Terengganu, jangan tak tahu ada satu gerai ini menawarkan menu Ais Kepal Milo sedap dan mengenyangkan.

IKLAN

Alamat: Kampung Bukit Chatak, Terengganu, Kampung Padang Jambu, 23000 Kuala Dungun, Terengganu

#7 GhiOuh, Gua Musang

Sumber: Google Images

Anda kat Kelantan? Tak ada hal! Jangan ketinggalan untuk rasa semangkuk penuh ais kepal yang padat dan mampat di GhiOuh ni… memang riuh dibuatnya!

Gerai mereka ada di belakang stesen minyak Petronas.

Alamat: Lebuhraya Kuala Lumpur – Gua Musang, Bandar Baru Gua Musang, 18300 Gua Musang, Kelantan

#8 Ais Kepal Milo Kampung Batu

Sumber: Twitter

Harga dari RM3 hingga RM5 semangkuk, Ais Kepal Milo di sini tersoroj dalam kawasan perkampungan Melayu. Boleh cuba sendiri dan ada pelbagai topping yang disediakan termasuk Oreo dan Coco Crunch!

Alamat: Lorong Bakri Kampung Batu 7, Jalan Kebun, Shah Alam

#9 Laksa D’coconut, Kuala Kangsar

Sumber: Google Images

Bayangkan anda nikmati kombinasi milo pekat dan ais yang sejuk berganda? Anada boleh pulih pelbagai taburan enak sebagai oeneman ais kepal anda tau. 

Gerai ais kepal ini berhampiran masjid.

Alamat: No.1, Blok A Rpa4, Jalan Sultan Iskandar Shah, Kuala Kangsar, Perak

#10 Daughter’s Kitchen, Sungai Buloh

Untuk yang tinggal di daerah Lembah Klang, tak perlu berjalan jauh pun untuk rasa keenakan coklat. Pergi sahaja ke Sungai Buloh untuk cuba sendiri Ais Kepal Milo istimewa ini.

Sumber: Twitter

Alamat: Lot 105 Kampung Melayu Sungai Buloh, Batu 13 1/2, Sungai Buloh, Selangor

Selamat menjamu selera! ❤

Tags: Ais Kepal MiloAis Kepal Milo Paling SedapGerai Ais Kepal MiloLokasi Ais Kepal MiloManisan
Share677SendShare

Artikel Berkaitan

Foto - FB Cik Melur
Makanan

Port Ikan Bakar Sedap Ada Di Kuala Lumpur, Jom Singgah Makan!

December 31, 2021
Foto - Pinterest
Makanan

Pelik Tapi Benar, 5 Jenis Makanan Ini ‘Haram’ Untuk Keluarga Diraja Britain…

December 30, 2021
Foto - Cleveland Health Clinic
Makanan

“Ratah Tomato Tapi Tiba-Tiba Naik Ruam” – Ini Fakta Sayuran ‘Nightshade’ Kena Tahu

December 28, 2021
Foto - The Malaysian Reserve
Makanan

Macam-Macam Tawaran Best foodpanda Sedia Untuk Anda Krismas & Akhir Tahun Ini!

December 27, 2021

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    10 Lokasi Ais Kepal Milo Paling ‘Kaw’ Sekitar Malaysia

  3. 3

    Hidu Vicks Inhaler Batal Puasa? Ini Jawapan Ustaz Azhar Idrus

  4. 4

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

  5. 5

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.