Setiap wanita inginkan perkahwinan yang sempurna, lebih-lebih lagi untuk penampilan raja sehari. Kalau boleh biarlah serba-serbi sempurna dari hujung rambut sehinggalah ke hujung kaki.
Pada anda yang masih lagi dalam mood mencari rekaan wedding dress paling cantik untuk hari bahagia kelak? Mungkin rekaan ini boleh dijadikan inspirasi!
Wedding dress yang dipakai oleh pereka fesyen Alessandra de Osma ketika hari bahagianya bersama Prince Christian boleh dipertimbangkan. Sesuai untuk anda yang impikan rekaan classic timeless untuk tema fairytale.
Pereka fesyen 25 tahun ini kelihatan menawan dalam gaun oleh Jorge Vázquez. Gaun meleret dari fabrik lace, berserta vale panjang dipakai bersama tiara cukup cantik dipakai di majlis yang diadakan di Basilica San Pedro, Lima.
Sekali imbas seperti gaun Kate Middleton. Cumanya yang ini tidak seksi, sesuai untuk muslimah.
Yang pasti kalau anda pakai di hari bahagia, pasti semua mata tertumpu pada gaun glamor. Tak teringin ke nak buat macam ini?