Maklumlah, minggu depan kan cuti sekolah… jadi mesti ramai pasangan yang bakal disatukan dan pastinya perkara wajib bagi kebanyakan orang lakukan untuk menghabiskan masa bersama sebagai pengantin baru adalah untuk pergi berbulan madu.
Tak kisahlah di mana pun lokasi percutian bulan madu anda tu, baik di pulau mahupun di kawasan peranginan yang dikelilingi bangunan pencakar langitserta seni bina yang unik, ini Wanista kongsikan 10 barang wajib yang perlu ada dalam bag!
#1 Bawa Pakaian Salin Dalam Carry-On
Bagi yang bakal melancong dengan menaiki kapa terbang, wajib membawa satu persalinan tukar supaya anda merasa selesa sepanjang penerbangan dan sebaik mendarat nanti.
Kebanyakan orang lebih mengutamakan kecantikan daripada keselsaan. Jadi carilah pakaian yang selesa agar tidur anda tidak terganggu sewaktu penerbangan nanti. Sebelum turun, boleh tukar pakaian baru agar anda kelihatan cantik, bersih, kemas dan segar biarpun tidak mandi. Bekalkan sekali untuk pasangan 🙂
#2 Bawa Pouch Yang Diisi Ubat-Ubatan
Kita tidak tahu apa yang akan berlaku ketika di tempat orang nanti, lebih-lebih lagi bila bercuti di luar negara. Beli dan bawa sendiri ubat-ubat penting seperti vicks, minyak angin serta plaster. Ubat batuk dan panadol juga digalakkan kerana ubat di luar negara biasanya tidak sesuai dengan tubuh kita. Sebaiknya, bawa sendiri ubat dari Malaysia.
#3 Pakaian Dalam Seksi
Bila lagi nak tonjolkan sisi seksi diri? Malam pertama adalah malam yang sangat mengujakan, jadi habiskan sedikit wanng untuk beli pakaian dalam yanng cantik, seksi dan berkualiti untuk menarik perhatian pasangan anda tu. Buang semua pakaian dalam yang lusuh! Ingat, anda bukan lagi kekasihnya, anda kini sudah berstatus isteri orang. Isteri harus sentiasa menjaga hati suaminya dan salah satu cara untuk menjaga hati suami adalah menjaga keperluan batin selain sentiasa kelihatan cantik dari fizikal biarpun hanya berlegar di dalam rumah.
#4 Wangian Memikat
Wangian dapat menenangkan jiwa. Boleh bawa wangian yang berasaskan bauan floral atau herba menenangkan untuk disembur pada katil dan keliling bilik. Selain itu, pakai juga wangian pada diri. Lebih baik andainya wangian itu adalah wangian yang dapat mengimbau memeori si dia tentang diri kamu. Cuba tanya si dia, wangian anda yang mana pernah menjadi kegemarannya 🙂
#5 Jangan Bawa Tumit Tinggi
Perhatian untuk wanita diva sekalian. Memang betul anda mungkin mahu merakam #ootd sewaktu berbulan madu nanti agar boleh dikongsikan di Instagram. Tetapi hakikatnya, jangan biarkan kesakitan dan ketidakselesaan menggangu keseronokan aktiviti bulan madu. Bawa selipar atau kasut sukan yang selesa dan selamat untuk dipakai kemana-mana.
#6 Bawa Beg Tote Selain Beg Silang
Ingat, anda mungkin memerlukan beg yang besar untuk menyimpan barangan yang dibeli atau keperluan penting lain. Oleh itu, bawa satu beg tote yang memiliki ruangan besar untuk disumbat dengan barang penting. Jika hendak berasak-asak di tempat yang ramai orang, bawa sahaja beg silanng genit kerana itu lebih selamat. Oh! Mungkin beg tote ini boleh dijadikan beg carry-on yang dibawa masuk ke dalam kapal terbang.
#7 Dress Cantik Untuk Makan Malam Romantik
Tak semestinya dress. Jika anda sekadar makan di kedai-kedai biasa, cukuplah pakai sesuatu yang istimewa untuk menarik perhatian si dia. Cuba bersolek cantik untuk si dia. Pasti si dia akan hargai usaha anda tu. Tapi penulis nasihatkan, jika mampu, apa salahnya pergi ke tempat-tempat yang menawarkan servis penyediaan makan malam yang istimewa. Bukan selalu pun kan…
#8 Beg Ziplock
Beg plastik ziplock ini ada dijual di daiso. Ini ada gunanya nanti apabila anda bawa barang jenis cecair atau untuk menyimpan pakaian basah yang tidak sempat kering sebelum anda bertolak pulang dari destinasi percutian.Jadi tidaklah beg anda berbau kepan sehingga menjejaskan keadaan pakaian bersih lain atau barangan lain yang ada di dalam bagasi.
#9 Pil Perancang
Pil perancang ini hanya untuk pasangan yang mahu merancang keluarga dan belum bersedia untuk mendapatkan zuriat. Kita tidak boleh mengawal takdir oleh sebab itu sebagai persediaan, bawalah sekali pil perancang kerana sedikit sebanyak ini akan membantu.
Ramai pasangan mendapat kelahiran yang tidak diingini yang kemudian akan mengundang perkelahian antara si suami dan isteri. Kan baru sahaja kahwin, takan nak bergaduh pula? Walau apa pun, anak itu adalah rezeki yang dikurniakan tuhan. Kalau boleh, untuk kehamilan pertama, penulis nasihatkan supaya anda tak perlu merancang pun.
#10 Dokumen Penting
Jangan undang pergaduhan. Malam sebelum bertolak, pastikan semua dokumen penerbangan, dokumen penginapan hotel sudah disimpan rapi dalam satu beg. Pastikan ia disimpan dalam beg carry-on dan bukannya bagasi okay. Bawa juga passport dan kad pengenalan. Jangan lupa! Oh! Buat dua salianan sebagai persediaan kalau apa-apa berlaku nanti. Satu untuk kamu dan satu lagi disimpan pasangan.
Bonus!
Bawa snek untuk dinikmati bersama supaya dapat mengalas perut bila-bila masa. Makanan di lapangan terbang serta tempat-tempat tarikan seperti di taman tema biasanya mahal dan kadang-kala sukar hendak mencari tempat makan apabila di negara orang. Bawa dan sediakan snek kecil yang muat dalam beg okay!
Selamat berbulan madu!❤