Semata-mata mahu kelihatan seperti Barbie, wanita berdarah campuran Cina, Ophelia Vanity melakukan pembedahan kelopak mata untuk menampakkan diri Caucasian.
Wanita, 30, dari Los Angeles, California menghabiskan $4,000 pada blepharoplasty untuk menyerupai anak patung ikonik itu. Sehingga kini, dia telah membelanjakan lebih daripada $35,000 untuk mencapai penampilan seperti Barbie.
Dia memberitahu Barcroft TV; “Saya rasa Barbie sangat ikonik. Walaupun pada masa kini terdapat pelbagai jenis anak patung tetapi saya selalu tertarik pada Barbie, dengan ketinggian dan warna kulit, menjadikan ia sangat ikonik.
“Disebabkan itu, saya ingin kelihatan seperti Caucasian, wajah mainstream yang sangat ikonik dan menarik di mata saya. Ramai orang telah mengusik dan membuli saya kerana mata, jadi saya berharap pembedahan itu akan memberi saya lebih yakin.
“Saya tidak mempunyai keyakinan diri jadi dengan merubah diri, ia adalah satu daripada beberapa perkara yang memberi saya keyakinan dan paling penting kegembiraan.
“Untuk kelihatan seperti Barbier, saya melakukan suntikan Botoks dan lip filler sekurang-kurangnya sekali setiap bulan,” jelasnya.
Selepas mendapatkan blepharoplasty, yang akan memberinya lipatan kelopak mata yang lebih tinggi, Ophelia berkata dia tidak akan berhenti dalam usaha untuk menjadi ideal seperti Barbie. Seterusnya, dia mahu melakukan membesarkan payudara.
Teman lelaki Ophelia, Justin Sterling berkata kepada Barcroft TV, teman wanitanya ketagih kepada pembedahan kerana merasakan dia tidak unik dan langsung tiada keyakinan terhadap diri sendiri.
Sedihnya….