Pilihan untuk membeli palet pembayang mata kadang boleh buat rambang mata.
Pilihan kualiti dan warna sesebuah palet eyeshadow sangat penting kerana ada palet yang mahal tapi hasil pigmen warna tidak setanding dengan harga. Lebih lagi kalau beli palet pembayang mata glitter. Memang sakit bila swatches warna langsung tak keluar.
Bukan sahaja kepekatan warna dan shimmering patut diambil kira, malah ketahanan warna untuk melekat pada kulit juga penting. Kalau pakai eyeshadow tak sampai setengah jam warna dah pudar, lupakan sahaja.
Hari ini penulis nak perkenalkan beberapa palet pembayang mata khas dalam bentuk shimmering dan glitter yang sangat berbaloi bila anda melabur duit.
#1 Natasha Denona Lila Palette / RM505
Palet hasil ciptaan dari mekap artis Natasha Denona ini khas buat mereka sukakan variasi warna dari merah jambu hingga ungu. Warna asas pula mudah digunakan bersama warna shimmering.
Dari beberapa review pengguna palet ini, ternyata warna shimmering dapat bertahan sehingga lapan jam dan mudah blend.
#2 Tarte Rainforest of the Sea Foil Finger Paints Shadow Palette / RM170
Ramai yang kecoh bila tarte keluarkan set pembayang mata ini. Lihatlah saiz yang diberi sangat besar, seperti saiz kompak pemerah pipi. Apa yang menarik tentang eyeshadow ini ialah formula yang pekat dan sangat metalik.
Siapa suka gaya mata galak dan seksi boleh dapatkan palet edisi terhad tarte ini. Malah tekstur produk yang berkrim sangat mudah dipakai dan boleh guna jari sahaja! Anda tak perlu basahkan berus dengan setting spray atau apply eyeshadow primer sebab warnanya memang dah pop-out.
#3 Kevyn Aucoin Electropop Pro Eyeshadow Palette / RM223
Warna dari palet ini memang meriah! Tekstur dari setiap warna agak pekat dan cara paling aplikasi terbaik dengan menggunakan berus sintetik leper dan keras.
11 dari 12 warna dari adalah shimmering yang sangat pigment, mudah dibentuk dan tahan sehingga 6 – 8 jam.
#4 Pat Mcgrath Mthrshp Subversive La Vi En Rose Palette / RM215
Lain dari yang lain packaging dari palet Pat McGrath! Begitu juga dengan warna yang ditawarkan sememangnya high shimmering sampai boleh silau mata.
Warna biru biasanya tak lekat tapi formula Pat McGrath memang tahan lama dengan hanya sekali calitan sahaja.
#5 Too Faced Chocolate Gold Metallic/Matte Eyeshadow Palette / RM230
OMG! Palet ini sendiri penulis dah guna. Nama palet pun dah chocolate gold, pilihan warna sememang warna berkilat dan berbau coklat. Too Faced mengeluarkan versi Gold khas untuk peminat pembayang glitter dan paling menarik formula produk 100% dari serbuk koko.
Kalau anda baca review dari sephora.my sehingga kini mendapat lima bintang penuh. Kilatan pada produk sangat pekat tapi masih boleh dipakai untuk gaya harian.
Buat anda yang menggelarkan diri sebagai queen of glitter, wajib dapatkan sekurangnya satu palet dari yang dicadangkan di atas!