Orang kata first impression biasanya dikaitkan dengan senyuman. Senyuman adalah satu ciri pertama yang orang akan lihat di kala bertemu pertama kali, apatah lagi jika dibarisi gigi putih bersih.
Bahkan terdapat, satu kajian menunjukkan yang 54% dewasa berkata, jika ada satu perkara yang ingin mereka lakukan untuk membaiki senyuman, ia adalah memutihkan gigi, berbanding membetulkan jajaran gigi atau isu kosmetik lain. Malah, mereka sanggup ke pakar pergigian untuk dapatkan hasil segera.
Bila gigi dan cantik tersusun, senyuman manis pasti terukir. Bagaikan beberapa individu ini yang boleh dikatakan miliki raut wajah sedap mata memandang dan dibarisi senyuman manis, lihat banyak kali pun tak bosan. Hebat penangan mereka ini.
#1 Kate Middleton
Tak perlu diperkatakan lagi, isteri kepada Putera William ini sentiasa tampak menawan walaupun ketika sedang sarat mengandung.
#2 Fazura
Lihat sahaja ketika majlis resepsinya bersama para peminat semalam, walaupun penat, aktres ini masih mampu memberikan senyuman manis dan melayan para tetamu dengan ikhlas. Sebab itulah peminat sayang kat dia!
#3 Deepika Padukone
Beruntungnya sesiapa yang ada lesung pipit. Bila mereka senyum, terserlah aura istimewa kerana keunikan lesung pipit yang dimilikinya, seperti Deepika Padukone.
#4 Miranda Kerr
Even gambar paparazzi, bekas Angel Victoria’s Secret masih lagi mampu memberikan senyuman manis. Kagum!
#5 Laudya Cynthia Bella
Segala serba-serbi aktres ini memang sejuk mata memandang. Langsung tak jemu!
Setuju tak dengan pilihan penulis?