Kisah hidup peribadi Emma Watson kurang didengari lebih lagi perihal kekasih hati.
Namun awal minggu ini, pelakon jelita Beauty and the Beast telah mengorak langkah berani dengan keluar berdua-duaan bersama teman lelaki yang dikenali sebagai Chord Overstreet.
Mereka kelihatan begitu bahagia, berjalan berpimpin tangan tanpa mempeduli paparazzi yang sedang sibuk merakam aksi mesra itu.
Siapa Chord Overstreet?
Merupakan penyanyi dan juga pelakon Amerika Syarikat berusia 29 tahun. Kalau anda pernah menonton drama bersiri Glee pasti perasan Chord yang mengalas watak sebagai Sam Evans. Walaupun dilahirkan dari keluarga pemuzik genre Country, rupanya dia juga memiliki darah kacukan Jerman, Irish dan Inggeris.
Khabarnya Emma dan Chord masih tidak memberi apa-apa komen mahupun kenyataan tentang hubungan cinta mereka.
Para media dan peminat mula menghidu gerak-geri mereka semenjak hadir bersama ke sebuah konsert di Los Angeles dan dilihat keluar berduaan selepas parti Vanity Fair Oscars pada masa yang sama.
Pasti ramai peminat lelaki kecewa dengan berita cinta Emma Watson tapi nak buat macam mana dah sampai jodoh Emma kan.