Agenda menyeronokkan bertukar tragedi apabila jet peribadi yang dinaiki 11 orang wanita terhempas melibatkan anak perempuan tunggal kepada jutawan ternama Iran iaitu Mina Basaran.
Mina yang tahun ini genap berusia 28 tahun dijadualkan melangsungkan perkahwinannya bulan hadapan namun tidak kesampaian sebaik jet yang dinaiki bersama rakan-rakan hilang kawalan lalu terhempas sewaktu dalam perjalanan dari Sharjah ke Istanbul.
Menurut laporan, Mina bersama tujuh orang rakannya terlibat dalam nahas itu ketika dalam perjalanan pulang daripada percutian parti bujang (bachelorette party) yang turut disertai tiga krew kabin wanita.
Kenangan Terakhir: Foto Mina & Rakannya Sewaktu Menyambut Bachelorette Party di sebuah hotel mewah di Dubai.
Punca sebenar nahas masih dalam siasatan namun laporan susulan oleh Hurriyet.com menjelaskan bahawa ia berpunca daripada keadaan cuaca yang kritikal di mana hujan lebat menyebabkan pesawat jet jenis Bombardier Challenger C600 yang dinaiki jatuh terhempas di kawasan pergunungan Zagros sekitar Tehran sebelum meletup.
📸 تصویری از اولین دقایق #سقوط هواپیمای خطوط هوایی #ترکیه در اطراف روستای دورک pic.twitter.com/KsuoShMT9j
— خبرگزاری تسنیم 🇮🇷 (@Tasnimnews_Fa) March 11, 2018
Menurut Khaleejtimes.com, pesawat itu adalah milik bapa Mina, Huseyin Basaran yang merupakan pemilik syarikat gergasi Basaran Yatirim Holding Business di Turki.
Khabarnya, syarikat itu banyak mengendalikan urusan perniagaan yang melibatkan pelancongan, pembinaan, penerbangan, makanan, sumber tenaga dan banyak lagi.
Foto lama Mina yang dilihat bersama tunangnya, Murat Gezer.
Lebih menyedihkan, perkahwinan Mina dengan tunangnya, juga seorang ahli perniagaan bernama Murat Gezer bakal dilangsungkan pada 14 April ini di Istanbul Cirili Palace.
Sebelum ini, Mina dikatakan sudah bersedia untuk mengambil alih perniagaan bapanya selepas berkahwin nanti.