Tahniah si cantik aktres Siti Saleha yang baru sahaja dilantik sebagai duta jenama terbaru Brand’s Innershine Prune Essence dengan Vitamin E.
Formulasi terbaru Brand’s Innershine Prune Essence dengan Vitamin E mengandungi pati prun dengan tambahan Vitamin E bagi meningkatkan perlindungan kulit terhadap radikal bebas, sekaligus menjadikan kulit lebih sihat dan lebih berseri. Diperbuat dengan bahan semulajadi yang dipilih khas, Brand’s Innershine Prunce Essence dengan Vitamin E yang 100% berasaskan buahan adalah produk disyorkan agar ditambah kepada rutin kecantikan seseorang. Suplemen pemakanan ini kaya dengan gentian daripada prun dan maltodextrin perintang, sejenis gentian boleh larut yang menggalakkan kelancaran sistem pencernaan dan membantu menyingkir toksin tidak diingini daripada tubuh.
Siti Saleha berkata, “Saya amat percaya yang kecantikan bukan sekadar apa yang boleh dilihat pada luaran, tetapi apa yang anda yakini mengenai diri anda. Kulit saya tampak lebih muda dan berasa lebih sihat selepas saya mengambil Brand’s Innershine Prune Essence dengan Vitamin E selama 12 hari, dan walaupun saya hanya menggunakan solekan tipis, seri pada muka tampak semulajadi. Saya yakin anda akan meraih kesan diingini apabila diberi sedikit masa.”
Brand’s Innershine Prune Essence dengan Vitamin E boleh dibeli pada harga runcit RM32 untuk satu pek enam botol dan RM58 untuk pek 12 botol di kesemua rangkaian Watsons seluruh negara dan rangkaian farmasi terpilih.
Untuk maklumat lanjut mengenai Brand’s Innershine Prune Essence, sila ke Facebook InnerShine Club.