Penyanyi bersuara gemersik Ziana Zain jauh sekali terpalit dengan mana-mana kontroversi lebih lagi melibatkan kisah peribadi dan keluarga.
Namun berita kali ini mengejutkan dunia hiburan tempatan apabila, suami beliau Armin Zaharin Ahmad Zambri didakwa mencederakan anak menggunakan rotan sehingga menyebabkan luka dan lembab.
Bekas pramugara telah memukul anak lelakinya sehingga menyebabkan kecederaan pada jam 4 pagi, 25 Februari yang lalu.
Namun, Amri yang berusia 53 tidak mengaku bersalah di hadapan Majistret Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin dan sebelum ini membuat rayuan menjelaskan perbuatan tersebut untuk mngajar membaca Al-Quran dan solat.
Laporan polis mengenai kes ini telah dibuat sendiri oleh Ziana Zain pada 27 Februari. Ketika dihubungi oleh wartawan Berita Harian, penyanyi Angganpanmu itu berharap diberi ruang seketika dan berserah kepada Allah.
Armin didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 10 tahun atau denda atau sebat atau dua dari mana-mana seksaan itu.