Bila sebut tentang tentang contouring pasti ramai membayang wajah tirus Kim Kardashian dari ilusi contouring.
Tapi bila cakap tentang bronzing, ramai yang mula keliru. Ada yang anggap bronzing dan contouring satu teknik yang sama. Salah! Nampak sama tapi tidak.
Mari penulis ringkaskan tentang perbezaan teknik contouring dan bronzing buat anda yang masih terpinga-pinga. Dalam penjelasan ini, penulis sertakan satu produk terbaru dari tarte iaitu Park Ave Princess Chisel Palette. Pada pendapat penulis palet ini lengkap untuk anda lakukan contouring dan bronzing.
Sebelum itu..jom kenali apa dua teknik ini,
Contouring
Ramai rasanya sudah jelas tentang contouring yang mahu mencipta bayangan gelap pada bahagian tepi hidung, bawah pipi tulang, rahang dan sekitar atas dahi. Teknik ini untuk muka tampak lebih kurus dan runcing. Hidung yang tak mancung boleh jadi mancung tau.
Bronzing
Kalau contouring untuk tampak muka kurus bagaimana pula dengan bronzing? Jika anda terasa warna kulit anda kusam gunakan bronzing untuk menyerlah warna kulit bak disimbah cahaya matahari. Ia beri ilusi kulit tampak sihat dan berkilau secara semulajadi. Bayangkan muka anda pucat lesi, tambahkan sedikit warna coklat berkilau bronzing untuk serikan wajah.
Nanti jangan ada pula tambah keliru bronzing dengan highlighter. Baca: Tips Mekap! 6 Sudut Muka Wajib Ditambah Highlight Untuk Kesan ‘Glowing’
Perbezaan produk..
Kalau anda guna dari jenis bedak ‘powder’ seperti palet Park Ave Princess Chisel Palette untuk contouring pilih produk dari jenis matte. Bronzing pilih dari produk jenis shimmering untuk kesan kilauan glowing.
Teknik aplikasi…
Bagi teknik contouring anda perlu menyapu produk pada bawah tulang pipi manakala bronzing pula sapu diatas tulang pipi. Paling penting jangan sesekali menggunakan produk bronzing untuk contouring! Habis satu sudut muka berkilau semacam. Namun anda boleh menggunakan produk contouring untuk bronzing. Faham tak?
Apa kelebihan contouring dan bronzing?
Buat anda yang lebih sukakan gaya mekap yang natural dua teknik boleh diaplikasi hampir setiap hari namun jangan lupa untuk blend betul-betul. Penulis sangat berpuas hati dapat melakukan mekap ‘no makeup’ dengan dua teknik ini sahaja.
Paling best bila guna dari satu palet sahaja Park Ave Princess Palette, penulis juga gunakan palet ini untuk menghasilkan transition colour bagi pembayang mata.
Serba sedikit tentang Park Ave Princess Chisel Palette ia merupakan produk terbaru dari tarte yang mengandungi Vitamin E dan tanah liat Amazonian. Ia amat mudah di’blend’ dan warna tidak bertukar jadi oren apabila lama pada wajah.
By the way, rekaan palet ini sangat cantik dan ekslusif! Penulis suka berat palet ini memang rasa kemewahan.
Diharapkan penjelasan ringkas tentang teknik contouring dan bronzing dapat membantu anda semua. Bagi anda yang ingin mendapatkan palet lengkap dengan 6 warna matte dan shimmering khas untuk contouring, bronzing atau makeup natural look, boleh ke Sephora Malaysia atau sephora.my. Tarte Park Ave Princess Chisel Palette dijual pada harga RM175 dan sehingga kini mendapat 5 bintang dari pengguna lain.