Ramai ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak-anak. Lebih lagi tentang keperluan nutrisi dari makanan.
Sayur-sayuran dan buah-buahan antara makanan yang paling difokuskan untuk diambil hampir setiap hari. Tapi ada dikalangan anak-anak tidak mengemari.
Wahai ibu bapa sekali, jangan ingat buah dan sayur sahaja yang mempunyai gelaran superfoods untuk tumbesaran anak anda. Ada lagi 6 sumber makanan yang memberi kebaikan kesihatan dan nutrisi.
#1 Oat
Kajian mendapati kanak-kanak yang makan oat lebih memberi tumpuan di sekolah. Biji bijiran yang kaya dengan serat ini menyediakan tenaga yang berpanjangan.

#2 Kekacang
Kacang mengandung lemak sihat yang berperanan penting dalam tumbesaran dan kesihatan jantung. Pengambilan kekacang juga memberi tenaga luar biasa untuk anak-anak kekal cergas.

#3 Tauhu
Sebenarnya tak kisahlah apa sumber makanan dari kacang soya sangat baik sebagai sumber protein dan mengandungi anti-kanser. Bagi untuk kanak-kanak perempuan, tauhu bagus diambil bagi perlindungan dan perkembangan tisu terutamanya bahagian payudara.

#4 Yogurt rendah lemak (Greek)
Paling sedap dimakan bersama buah-buahan sejuk! Bakteria baik dalam yogurt bagus dalam meningkatkan imunisasi badan dan melancarkan sistem penghadaman. Pilih yogurt rendah lemak kerana ia mempunyai 3 kali ganda protein dan kurang gula berbanding yogurt biasa.

#5 Kubis
Apa jua adik-beradik kubis seperti kubis bunga, brokoli dan kale mengandungi phytonutrients dimana ia bertindak mengurangkan risiko kanser dan juga membaiki sistem penghadaman. Selain itu, ia menyahkan sebarang toksik merbahaya daripada menjadi virus penyakit.

#6 Kulit kayu manis
Roti yang ditabur bersama serbuk kayu manis memang menyelerakan. Kajian mengatakan rempah ini mampu membangkitkan mood anak-anak dan mengimbangi kadar gula dalam darah.
