Negara misteri Korea Utara tidak pernah habis untuk dunia mengorek cerita dan rahsia yang ada didalamnya.
Kecoh apabila terdapat pendedahan dimana Kim Jong Un dan bapanya, Kim Jong Il pernah menggunakan pasport Brazil untuk mendapatkan visa ke negara barat sekitar tahun 1990.
Dari sumber agensi Reuters, mereka berdua menggunakan pasport Brazil akan tetapi masih menggunakan gambar asal mereka yang ketara dan cuba mendapatkan visa dari kedutaan asing. Tidakkah itu sesuatu yang pelik?
Menurut dari sumber pihak berwakil Brazil pula, kedua dokumen tersebut adalah sah dan boleh dibawa keluar oleh konsul untuk diisu. Malah pasport itu juga telah digunakan di Brazil, Jepun dan Hong Kong!
Akhbar Jepun Yomiuri Shimbun tahun 2011 telah mengeluarkan laporan tentang kunjungan Kim Jong Un ke Jepun pada tahun 1996 menggunakan pasport kanak-kanak Brazil. Pasport tersebut diisu dengan nama Josef Pwang dengan tarikh lahir 1 Februaru 1983.
Manakala bapanya Kim Jong Il dengan nama Ijong Choi bertarikh lahir 4 April 1940 padahal beliau lahir pada tahun 1941.
Paling tidak masuk akal, apabila kedua-dua mereka ditulis lahir di Sao Paulo, Brazil. Pihak kedutaan Korea Utara di Brazil tidak memberi sebarang komen apabila diajukan soalan mengenai pasport palsu ini.
Agaknya mereka terdesak nak makan angin sampai kena buat pasport palsu. Isu pasport palsu sebegini boleh melemahkan sistem keselamatan sesebuah negara, sebab itu pentingnya sistem teknologi yang diterap dalam sebuah pasport.