Setiap orang punya pilihan tersendiri dalam memilih gaya mereka di hari bahagia. Ada yang selesa bersederhana dengan hanya mengenakan busana tradisional songket, ada juga sanggup berhabisan mahukan gaun kahwin bak Cinderella yang menjadi idaman para gadis masa kini, ada pula seksi seperti dress Anastasia Stelle. Korang pula macam mana?
Mungkin Wanista telah memberitahunya berulang kali, tetapi trend busana pengantin berubah setiap musim mengikut peredaran zaman. Dan kita sedia maklum minggu fesyen adalah tempat di mana semua trend fesyen terkini dilahirkan. Dalam banyak-banyak, trend mana yang boleh diterjemahkan ke dalam busana pengantin?
Memasuki tahun 2018, pereka mengetengahkan elemen yang lebih moden dan minimalis sebagai contoh jumpsuits, pantsuits, western vibes dan pelbagai lagi yang boleh disesuaikan dengan masyarakat kita.
Lihat trend mana yang jadi pilihan yang korang boleh jadikan inspirasi.
#1 So far, ni yang menjadi pilihan hati penulis. Rekaan yang simple tetapi manis sekali dari Brock Collection.
#2 Pantsuits untuk anda yang selesa bergaya sederhana tetapi masih lagi ada ciri kewanitaan. Rekaan dari Lanyu.
#3 Pemilihan fabrik sequin yang cukup glamor. Merupakan ciptaan Tadashi Shoji.
#4 Rekaan Tory Burch ala Hipster.
#5 Kalau anda impikan perkahwinan dalam taman, ini satu lagi rekaan dari Brock Collection boleh dijadikan inspirasi.
#6 Rekaan dari Cushnie Et Ochs, seksi habis. Sesuai untuk office attire juga.
#7 Rasanya tahun ini, pereka Cushnie Et Ochs selesa memilih fabrik dari Sutera.
#8 Manis sekali busana dari Badgley Mischka.
#9 Dah macam nak pergi award. Glamor habis busana dari Badgley Mischka.
#10 Rekaan loose dari Self-Portrait ini sesuai untuk yang muslimah.
#11 Mungkin juga rekaan dari Carolina Herrera?
#12 Atau mungkin dress penuh dengan perincian ruffles seperti ini, dari Zimmermann.
Antara semua, yang mana menjadi pilihan hati? Kongsilah dengan penulis…