Jika sebelum ini Drone hanya digunakan oleh jurugambar profesional untuk mengambil foto-foto berkelas dari atas udara, Dolce & Gabbana kini memperbaharui fungsi drone dengan memanfaatkan peranti pesawat kawalan jauh itu sebagai peragawati untuk acara pertunjukan fesyennya di Milan baru-baru ini.
Untuk upacara pembukaan pertunjukan fesyen tersebut, para tetamu seramai kira-kira 600 orang yang hadir untuk menonton dikerah mematikan telefon bimbit, malah semua aplikasi WiFi harus dimatikan sementara waktu untuk memberi laluan kepada pertunjukan fesyen unik berkenaan.
Tanpa pengetahuan semua, tiba-tiba drone berterbangan di pentas peragaan sambil menayang koleksi beg tangan terkini rekaan Dolce & Gabbana -diikat pada lapan buah peranti drone yang dikawal menggunakan alat kawalan jauh, sebelum pertunjukan fesyen sebenar bermula.
Tonton Dolce & Gabbana Guna Drone Untuk Koleksi Musim Luruh/Sejuk 2018 Di Minggu Fesyen Milan (MFW)
Sehingga kini, pertunjukkan fesyen Dolce & Gabbana inilah yang paling eksentrik dan akan diingati sebagai persembahan fesyen mahsyur yang tidak boleh dilupakan.
Ramai juga di antara penonton yang terpukau sekaligus memberi kritikan positif di atas idea kreatif pereka duo Domenico Dolce and Stefano Gabbana.