Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home News

Nak Buat Apa Bila Bekas Kekasih Muncul Kembali?

by Afiqah Syamin
February 24, 2018
30
SHARES
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Penulis kira, pengalam  bercinta pernah berlaku dalam kehidupaan semua manusia baik lelaki mahupun wanita. Cinta adalah sebahagian elemen penting dan utama di dalam kehidupan, membuatkan setiap seorang daripada kita berfikir lalu menjadi insan yang lebih matang dalam membuat pilihan yang bertepatan dengan kehendak jiwa yang tidak hanya tertumpu kepada kepentingan diri sendiri sahaja bahkan perasaan dan kehendak pasangan juga.

Pengalaman cinta kita tentunya berbeza-beza. Ada yang berjaya sampai ke jinjang pelamin dan tidak kurang mereka yang terkandas kerana tiada jodoh.

Namun, apa yang wajar dilakukan jika bekas kekasih itu merangkak kembali untuk berada di sisi anda sedangkan dia sudah pernah mengecewakan anda dahulu?

Sebab Lazim Kenapa Kekasih Datang Balik Dalam Hidup Anda

Sumber: Tumblr

Sebelum anda dan bekas kekasih bertau semula selepas sekian lama berpisah, adalah sangat mustahak untuk anda kenl pasti motif mereka. Ramai bekas kekasih cuba untuk masuk semula dalam kehidupan anda dengan harapan mereka akan dapat peluang kedua. Tetapi sejauh mana yang anda boleh gerenti yang mereka sudah betul-betul berubah dan ikhlas untuk berbaik dengan anda semula?

Ada juga kes lain, bekas kekasih datang semula kerana mereka sudah benar-benar bermuhasabah diri untuk perbetulkan hubunga dirinya dengan anda. Boleh jadi hubungan itu nanti akan berjaya jika diperbaiki dengan cara betul.

Wanista cadangkan, jika bekas kekasih datang semula… lakukan tiga perkara ini.

#1 Jujur Dengan Diri Sendiri

Bila bekas kekasih muncul semula, anda yang bertanggungjawab untuk buat keputusan hubungan jenis apakah yang anda mahu jalinkan bersama bekas kekasih anda tu.

Sebab itu penting untuk anda ketahuan kemahuan hati dan berlaku jujur dengan diri terlebih dahulu. Fikir masak-masak sama ada anda mahu kembali kepadanya atau meneruskan kehidupan baru tanpa bekas kekasih.

Jangan fikirkan tentang orang lain, tak perlu rasa kesian dengan bekas kekasih atau rasa bersalah terhadapnya. Apa yang penting adalah kemahuan anda. Setelah anda ditinggalkan dan disakiti, adakah berbaloi untuk anda menerimanya kembali? Jika benar dia sudah SUDAH BERUBAH, teruskanlah jika hati anda masih mahukannya. 

Tetapi jika anda menerimanya kembali kerana dia kata DIA MAHU BERUBAH dan anda mengasihaninya. Sila lupakan!

See… “SUDAH BERUBAH” dengan “MAHU BERUBAH” adalah dua perkara yang berbeza. Fikir sebaiknya okay?

#2 Buat ‘Bodoh’… Buat ‘Pekak’ 

Setiap orang mempunyai sisi ego. Inilah masa terbaik untuk anda jadi ego. Bunyi seperti kasar kan? Tapi untuk mengelakkan anda rasa bersalah, block sahaja nombor telefonnya dan block juga daripada akaun media sosial. Tutup segala jalan yang emmbolehkan dia mencari anda semula. Kali ini, jangan kasi peluang langsung. Buat apa terima dia jika dia sekadar mahukan peluang kedua tetapi tidak bersungguh-sungguh menyesal?

Anggaplah perpisahan anda berdua mempunyai hikmah yang tersendiri. Jika hati anda kuat mengatakan dia bukanlah orangnya. Jangan lagi tunggudan berasa was-was. Kata hati selalunya benar belaka.

Fokus pada masa hadapan dan suatu hari nanti, anda akan bertemu dengan orang yang sebenar-benarnya. Percayalah pada takdir yang tuhan telah tentukan untuk kita. Sesungguhnya ketentuan tuhan adalah yang terbaik untuk diri.

#3 Dengar Dahulu Apa Yang Mereka Mahu Katakan

Antara pilihan lain yang anda ada sekiranya anda melihat gerak-geri dia sudah benar-benar menyesal akan kesilapannya terhadap anda selama ini, adalah wajar untuk memberinya peluang duduk dan berbincang.

Dengar dahulu apa yang perlu dikatanya kerana kesilapan yang dilakukan mungkin bukanlah kehendak dirinya tetapi telah dipengaruhi emosi yang sedang marah atau tertekan waktu itu sehingga dia pergi meninggalkan anda.

Biarkan dia luahkan segalanya dan setelah itu barulah anda membuat keputusan sama ada untuk menerimanya kembali atau memaafkannya tetapi membawa haluan masing-masing.

Namun, jika anda masih keliru, anda boleh cuba berbaik semula dengannya sebagai kawan. Bina semula hubungan itu berdikit-dikit dan jika suatu hari anda lihat dia sudah berubah dan ikhlas untuk mencintai anda. Teruskanlah 🙂

Selamat beramal! ❤

RUJUKAN

Tags: bekas kekasihBekas Kekasih MerayuBekas Kekasih Muncul KembaliCara Tangani Bekas KekasihcintaKekasih Datang KembaliNak Buat APa Bila Bekas Kekasih Datang Semula?percintaantips cinta
Share12SendShare

IKLAN

Artikel Berkaitan

Foto - Times of India
Kesihatan

Nak Vagina Bersih Dan Sihat? Cuba Buat Macam Ini…

by Opie Azizlan
February 16, 2021
0

Siapa saja yang tidak mahu vagina mereka bersih dan sihat? Untuk pengetahuan kamu, penting bagi setiap wanita untuk kekalkan kebersihan...

Baca Lagi
Foto - Smita Tandon, MD
Keibubapaan

Peka! Anak Anda Patut Dapat Vaksin Jenis Ini

by Opie Azizlan
December 23, 2020
0

Setiap bayi dilahirkan dengan perlindungan terhadap beberapa penyakit sama ada berjangkit atau berbahaya. Mereka mendapat perlindungan ini daripada antibodi semasa...

Baca Lagi
News

Dah 40 Tahun Lebih, Selebriti Ini Gayakan Bikini Persis Anak Dara

by Opie Azizlan
October 28, 2020
0

Memakai bikini tidak menjadi penghalang bagi wanita yang berusia 40 tahun dan lebih untuk kelihatan bergaya ketika memakainya. Jangan silap,...

Baca Lagi
News

Perhiasan Cindertoella Membuatkan Wanita “Born To Be Real, Not Perfect”

by Opie Azizlan
October 27, 2020
0

Diasaskan pada tahun 2018, Cindertoella adalah sebuah jenama fesyen dan perhiasan buatan Malaysia yang diasakan oleh dua orang usahawan wanita....

Baca Lagi
Artikel Selanjutnya
Diva MY

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: [email protected]




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.