Seperti yang kita semua sedia maklum, Vicks VapoRub setelah sekian lama dijadikan penawar untuk memulih masalah selesema dan batuk. Haba yang hadir daripada pes vicks itu sendiri dipercayai dapat melegakan penyakit seseorang secara luaran dengan hanya beberapa sapuan.
Tonton Iklan Vicks VapoRub Tahun 1993
Ia sememangnya peneman setia yang sering orang bawa ke mana-mana sebagai sejenis ubatan segera yang mudah untuk digunakan, berbeza dengan ubatan jenis cecair yang perlu diminum mengikut masa atau tablet.
Namun begitu, tahunkah anda bahawa Vicks VapoRub ini mempunyai kelebihan untuk kegunaan lain selain disapu pada beberapa bahagian tubuh untuk melegakan batuk dan selesema?
#1 Elak Binatang Peliharan Buang Air Merata-Rata
Kadang-kala tanpa diduga, haiwan peliharaan kita gemar membuang air di merata-rata tempat dan lebih parah jika ia berlaku di dalam rumah. Menurut penjelasan vaterinar, haiwan seperti kucing dan anjing sememangnya tidak suka akan bau-bauan seperti Vicks. Oleh itu, anda boleh sapukan Vicks pada tempat-tempat tertentu yang selalu dituju oleh haiwan peliharaan anda tatkala meninggalkan najisnya.
#2 Elak Kucing Mencakar Barangan Dalam Rumah
Jika si comel gemar sangat mencakar barangan perabot di dalam rumah seperti langsir atau sofa kanvas anda, anda boleh menyapu sedikit pes Vicks pada mana-mana bahagian perabot kesayangan anda. Dengan itu serta-merta kucing anda akan faham yang anda melarangnya daripada terus mencakar di tempat tersebut.
#3 Mengurangkan Rekahan Kulit (Stretch Marks)
Sapukan Vicks pada bahagian perut, pinggul atau lengan yang mempunyai kesan rekahan setiap hari. Ternyata, dalam masa dua minggu dengan izin Allah kesan stretch marks anda itu bakal berkuranng dari semasa ke semasa.
#4 Memulih Masalah Kulat Kuku
Kuku kaki anda dijangkiti kulat sehingga kuku kelihatan reput dan menebal? Boleh cuba sapukan Vicks pada setiap bahagian kuku sebelum tidur. Jangan lupa untuk pakai stokin supaya sapuan Vicks tadi meneyerap dengan rapi ke dalam kuku.
Keesokan paginya, cuci kaki anda dan ketipkan kesemua kuku yang telah rosak. Lakukan langkah sapuan Vicks dan pemotongan kuku ini beberapa kali sehingga kulat beransur hilang dan pulih.
#5 Kecutkan Jerawat!
Tak ada ubat jerawat? Tak perlu risau kerana Vicks juga mampu bertindak mengecutkan jerawat serta memulih radang kulit yang disebabkan kuman jerawat.
Sapukan lapisan nipis Vicks pada jerawat baru… biarkan ia semalaman dan cuci wajah seperti biasa keesokan paginya. Jangan terkejut, sebab jerawat bengkak sudah pun mengecut!
#6 Legakan Sakit Otot & Sakit Belakang
Terima kasih kepada ramuan semula jadi yang terkandung di dalam Vicks! Ia bisa merelakskan sendi-sendi badan yang tegang malah mampu melegakan sakit belakang dengan berkesan seperti mana minyak angin dan minyak panas lain.
#7 Kempiskan Perut
Campurkan satu sudu besar serbuk champor, satu sudu besar cecair alkohol, serbuk penaik dan separuh balang Vicks sehingga anda mendapat konsistensi pes yang sebati.
Setiap kali sebelum lakukan senaman, sapu pes tersebut pada bahagian perut dan abdomen, lalu balut bahagian perut itu tadi dengan plastik jernis pembungkus makanan secara kemas.
Setelah selesai bersenam, boleh lepaskan balutan plastik dan cuci sisa Vicks tadi. Lakukan langkah ini 2 hingga 3 kali seminggu. Pasti berkesan kempiskan perut!
#8 Hilangkan Lebam
Secara lembut sapukan Vicks pada bahagian pemukaan kulit yang lebam. Vicks akan bantu menhilangkan lebam dalam masa singkat bahkan berupaya menyusutkan bengkak.
#9 Pulihkan Masalah Tumit Merekah & Kulit Kering
Sebelum tidur boleh sapukan Vicks pada bahagian tumit kaki yang merekah lalu sarungkan stokin. Keesokan paginya cuci kaki dengan air sejuk dan gunakan batu pumice untuk mengikis segala kulit mati pada bahagian tumit.
Hasilnya tumit kaki anda akan terasa lembut dan jika dijadikan rutin harian, kaki anda akan menjadi semakin lembut dan cantik!
#10 Legakan Pening Kepala
Menthol adalah salah satu ramuan utama di dalam Vicks VapoRub. Ia berkesan menurunkan kadar tekanan darah di bahagian kepala seterusnya melegakan sakit kepala. Sapukan pada kedua-dua belah hujung dahi.
Selamat beramal! ❤