Koleksi Carolina Herrera 2018 meraikan kegembiraan, glamor dan kecantikan berpanjangan.
Musim baru merangkumi helaian yang dipenuhi dengan warna-warna yang berani, siluet feminin, fabrik berkualiti yang timeless – Carolina sendiri memaklumkan bahawa setiap helaian tersebut adalah satu bentuk ungkapan diri.
Koleksi mengetengahkan palet warna ceria seperti Red, Patmos Blue dan Fantastic Yellow, percikan hitam putih yang sinonim dengan label, membolehkan kita memakainya pada bila-bila masa mengikut upcara.
Paling menarik Wanista ialah helaian skirt dari fabrik sutera yang didatangkan dalam pelbagai warna, cukup membuatkan kita yang memakai rasa gembira dan ceria, malah terserlah imej feminin.
OMG semua cantik-cantik…