Mesti ada diantara pembaca Wanista pernah syampu rambut pada waktu malam untuk mempercepatkan waktu mengering. Sambil tidur, sambil itulah rambut anda dapat dikeringkan. Multitasking lah katakan!
Tapi anda pasti ke cara tersebut rambut dapat mengering dengan baik?
Sebenarnya terdapat pelbagai komplikasi kesihatan dan kebersihan yang terselindung disebalik tidur dengan rambut yang basah.
Bakteria!
Yup, bayangkan malam anda tidur dengan rambut basah ia sedang mengumpul jumlah bakteria yang banyak. Anda telah menjejaskan risiko kesihatan dengan tidur bersama bantal yang telah dijangkiti bakteria. Sekaligus membawa kepada….
#1 Selesema
Bakteria yang terdapat pada bantal boleh menganggu pada saluran pernafasan dan penyebab jangkitan. Selain itu rambut yang basah dan sekitar suhu bilik yang sejuk (penghawa dingin) juga antara faktor anda sering terkena selesema dan demam.
#2 Kelemumur
Gatal kulit kepala dan kelemumur perkara yang biasa datang dari cara salah mengeringkan rambut. Bukan itu sahaja kulit kepala anda juga boleh menerima jangkitan kulat yang berbahaya.
#3 Kulit muka bermasalah
Apabila anda tidur beralaskan bantal kotor dan mendap bersama bakteria tidak mustahil ia beri risiko kulit berjerawat dan kusam pada wajah.
#4 Rambut rosak
Tidur dengan rambut basah menyebabkan kondisi rambut menjadi kusam dan tidak bermaya. Malah, rambut kusut, kembang dan cepat rosak juga dari punca yang sama.
Wanista cadangkan untuk anda perbaiki rutin mencuci rambut dan kebersihan dengan..
#1 Basuh rambut pada waktu pagi, ia lebih menyegarkan dan melepaskan segala toksik yang melekat.
#2 Kerap basuh dan ganti bantal anda untuk membasmi kuman dan bakteria.
#3 Letakkan tuala kering pada bantal supaya ia menyerap lebihan lembab.