Setiap hari ada sahaja laporan berita kurang menyenangkan bahkan hangit terjadi pada usahawan kosmetik yang kini bergelar penyanyi dan pelakon, Datuk Seri Aliff Syukri.
Terkini, beliau telah dituduh menggunakan pelaris untuk menjual produk keluarannya. Betul ke? Kenapa hal berbangkit?
Datuk Aliff sendiri membuat pendedahan tersebut menerusi sebuah entri di laman Instagram miliknya. Beliau memuat naik paparan skrin mesej pertanyaan seorang peminat yang dilarang menggunakan produk keluaran Aliff oleh seorang ‘ustaz’.
https://www.instagram.com/p/BfUuZBCHSx2/?taken-by=aliffsyukriterlajaklaris
Lebih buruk, ustaz tersebut mendakwa produk keluaran Aliff memakai ‘pelaris’.
Aduhai sampai pelaris pula. Tak tahu kebenarannya benar atau tidak, tunggulah penjelasan Datuk Aliff nanti. Tapi siapa ustaz yang dimaksudkan itu?