Ada plan sempena Hari Kekasih 14 Februari ni bersama si dia cik abang tersayang? Ataupun pada yang single, mungkin keluar temu janji bersama sahabat? Tak kisahlah mana-mana pun, yang pasti anda ingin tampil menawan dan anggun, bukan? Fesyen dah sempurna, mekap on point tapi gincu rasa macam ada yang kurang. Elianto boleh bantu anda!
Perkenalkan Elianto Brilliant Riche Lip Color!
Tidak kira warna kulit cerah atau gelap, gincu bibir dari rangkaian Elianto Brilliant Riche Lip Color sempena Hari Kekasih ini bakal membuatkan penampilan anda bertambah seksi dan vogue.
Walaupun tekstur matte sinonim dengan kekeringan, tetapi Brilliant Riche memberikan kelembapan dan ketahanan yang berpanjangan, langsung tidak meninggalkan bibir kering dan tidak selesa, lagi satu lip color ini kiss-proof.
Terdiri daripada 10 pilihan warna – Blissful (03), Sexy (04), Groovy (05), Wild (06), Ballenrina Pink (312), Flamingo (315), Amber Nude (316), Rouge Pink (317), Tofee Brown (318) dan Russian Red (319), semuanya boleh disesuaikan dengan fesyen pilihan setiap hari.
Jadi, dapatkan sekarang dan pakai untuk orang tersayang anda!
Untuk info lanjut, boleh ke Facebook Elianto Make Up.