Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Tips

Teringin Nak Kaki Seksi Kendall Jenner? Cuba Cara Paling Mudah Ni…

by Lisa AG
February 10, 2018
120
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Tidak berpuas hati dengan kaki anda? Sering merasakan yang kaki anda tidak sempurna seperti atlet atau model di luar sana?

Sepasang kaki yang langsing dan seksi dengan toned yang boleh meningkatkan keyakinan. Sepasang kaki seperti Kendall Jenner, Jennifer Lawrence, Blake Lively?

7 jenis senaman paling mudah boleh cuba…

Berbasikal
Foto – BBC UK

Berbasikal bukan sahaja mesra alam; ia juga adalah satu latihan yang sangat baik untuk menguatkan otot kaki anda. Berbasikal melibatkan pergerakan berterusan kaki, dengan itu menawarkan kaki anda satu senaman yang lengkap dan baik. Mengayuh peddles basikal dengan kaki menggunakan kuasa yang membolehkan kaki anda menjadi lebih kuat dan juga menggantikan lemak di kawasan seperti paha dan betis anda dengan otot.

Berenang
Foto – Giphy

Berenang adalah satu aktiviti yang menyeronokkan. Selain daripada memberikan anda satu senaman yang lengkap, ia juga memberi manfaat pada kaki dengan gerakan yang berterusan. Gerakan pada kaki yang berterusan membantu membuang lemak pada kaki, sekaligus memberikan impak kaki yang seksi jika dilakukakan secara berterusan.

Berlari
Foto – NetDoctor

Berlari membantu membakar lemak pada kaki. Pastikan anda ambil masa untuk berlari sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari supaya anda dapat lihat kesan kaki yang cantik tidak lama lagi. Selain itu, berlari juga menjadikan kaki anda lebih kuat dan merangsang imuniti badan. Perlu diingatkan juga, pastikan anda memakai kasut sukan yang sesuai untuk larian agar kaki tidak tercedera.

IKLAN

Menari
Foto – Tumblr

Menari merupakan aktiviti yang paling menyeronokkan, yang melibatkan anggota badan utama iaitu kaki. Menari dengan kerap mampu menjadikan kaki anda lebih fleksibel dan kuat. Apabila anda lakukan aktiviti menari dengan kerap, ia dapat membantu membakar lemak di kaki dan dapat membentuk kaki yang seksi.

Berjalan
Foto – Ramblers

Berjalan adalah bentuk senaman yang paling mudah, tidak memerlukan banyak usaha dan boleh dilakukan di mana sahaja. Malah jika anda tidak dapat mencari masa yang cukup untuk pergi berjalan-jalan, anda boleh berjalan apabila anda mendapat peluang. Sebagai contoh, letakkan kenderaan anda jauh daripada tempat kerja supaya anda mempunyai alasan untuk berjalan ataupun keluar lah berjalan apabila membeli makanan atau ke kedai. Ia benar-benar akan membantu anda dalam jangka masa panjang dan juga pendek.

Mendaki
Foto – Thinkstock Images

Mendaki merujuk kepada perbuatan seperti mendaki tangga ataupun aktiviti seperti mendaki gunung. Ia adalah satu latihan yang baik untuk kaki anda kerana ia menggunakan tenaga yang banyak. Mendaki dapat membakar kalori yang banyak dan kesannya, anda dapat lihat pada susuk kaki yang seksi dan menarik seperti yang diidamkan. Jadi, apa kata mulai hari ini, anda menaiki tangga, tidak perlu lagi menggunakan lif!

Tidur
Foto -Ebrook Osteopathy

Ya, tidur sangat penting! Kaki anda perlu berehat dan dijaga supaya ia dapat bersedia untuk bersenam lagi. Oleh itu, sentiasa pastikan anda mendapatkan tidur yang cukup dan berkualiti supaya apabila bangun keesokan harinya, badan anda berada dalam keadaan yang sempurna untuk meneruskan rutin senaman diatas.

Selamat Mencuba!

Tags: 7 cara kaki seksicara mudah kaki seksikakikaki kendall jennerkaki seksiseksitips kaki seksitips mudah kaki seksi
Share48SendShare

IKLAN

Artikel Berkaitan

“OMG Berminyaknya” – Ini Cara Nak Stailkan Rambut Bangs Untuk Si Kulit Berminyak
Tips - Kecantikan

“OMG Berminyaknya” – Ini Cara Nak Stailkan Rambut Bangs Untuk Si Kulit Berminyak

January 3, 2022
5 Tips Untuk Si Ibu Cegah Puting Melecet, Barulah Proses Menyusu Lancar!
Tips

5 Tips Untuk Si Ibu Cegah Puting Melecet, Barulah Proses Menyusu Lancar!

December 24, 2021
Asyik Kalah Je, Ini Trick Main Mesin Yang Kuat Telan Duit Budak-Budak
Tips

Asyik Kalah Je, Ini Trick Main Mesin Yang Kuat Telan Duit Budak-Budak

December 23, 2021
Lelaki Kongsi ‘Benteng’ Elak Banjir, Buat Macam Ini Barulah Air Tak Masuk Dalam Rumah
Tips

Lelaki Kongsi ‘Benteng’ Elak Banjir, Buat Macam Ini Barulah Air Tak Masuk Dalam Rumah

December 21, 2021
Artikel Selanjutnya

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  3. 3

    Jika Anda Miliki Ciri-Ciri Ini, Ertinya Anda Seorang Yang Introvert

  4. 4

    Macam Mana Nak Goda Suami Di Ranjang, Biar Teruja Setiap Kali Bersama

  5. 5

    Buat Macam Ini, Celah Paha Hitam Boleh Cerah Dalam Seminggu!

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@diva.my




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.