Baru-baru ini Dulux memperkenalkan Heart Wood sebagai warna sensasi untuk tahun 2018.
Mengikut perkembangan semasa, tabiat membeli serta trend hiasan dalaman warna ungu samar mauve yang mempunyai sedikit campuran rona merah jambu ini dinobatkan sebagai warna paling popular dan bakal memikat hati ramai pihak.
Menurut pakar, rona ini bersesuaian untuk menhias dinding dalam rumah sekaligus mampu membangkitkan mood yang mengalu-alukan sebagi menjejakan kaki ke dalam ruangan yang telah diliputi warna Heart Wood.
Tonton Pengenalan Warna Heart Wood oleh Dulux Sebagai Warna 2018
Bekesan untuk menjadikan rumah sebagai kawasan bebas negativiti, warna yang dipillih untuk menghiasi dinding rumah sedikit sebanyak bisa mempengaruhi sikap dan emosi penghuninya. Oleh sebab itu, pemilihan warna yang menenangkan dan bersifat cozy seperti Heart Wood.
Jelas Dulux, palet Heart Wood menawarkan empat pilihan warna sensasi yang berasaskan rona ungu kemerahan.
Untuk keterangan lanjut, sila klik [www.dulux.com.my/en/inspiration] atau lawat laman Facebook rasmi Dulux Malaysia di [www.facebook.com/DuluxMalaysia].