Korang ingat lagi tak?
Penulis percaya kebayakan pembaca-pembaca Wanista ni ramai yang lahir sekitar tahun 90-an kan?
Kalau zaman kanak-kanak korang tak dipenuhi dengan waktu untuk melepak di hadapan televisyen dan bermain di taman pada waktu petang bersama dengan kawan-kawan sekolah atau jiran tetangga yang sebaya, korang bukanlah kanak-kanak yang normal.
Untuk itu, jom imbau kembali zaman kanak-kanak dan lihat kartun mana yang paling korang suka tonton waktu kecil-kecil dulu.
#1 Sailor Moon
Sailor Moon ni memang menjadi kegilaan kanak-kanak perempuan dulu-dulu. Bukan sekadar seronok tengok mereka ni beraksi melawan kuasa jahat tetapi teruja bila tengok babak mereka bertukar.
Dulu, penulis dan kawan-kawan selalu berangan kami adalah salah seorang daripada ahli Sailor Moon. Lepas tu, kami suka kumpul pelekat (sticker) gambar Sailor Moon, kumpul alat tulis dan bekas pensil Sailor Moon. OMG, boleh kata semua benda nak ada gambar Sailor Moon masa tu.
Korang pun macam tu juga tak? hehe
Tonton Babak Sailor Moon Bertukar
https://www.youtube.com/watch?v=2uLUc6p0J60
#2 Cardcaptors Sakura
Selepas demam Sailor Moon, Cardcaptors Sakura ni pula yang menjadi kegilaan ramai.
Suka sangat tengok watak utama dia sebab sering berpakaian comel, ada tongkat sakti dan binatang belaan dia yang ada sayap tu so cute!
Kalau korang masih ingat watak utama bernama Sakura Kinomoto tu akan menggunakan kad kuasa dia untuk menentang kejahatan dan selepas itu memerangkap elemen kejahatan dalam kad ajaib dia.
#3 Digimon
Digimon adalah salah satu kartun kegemaran ramai yang menampilkan watak lima sekawan yang membela pelbagai raksasa yang mempunyai kuasa tersendiri untuk menyelamatkan bumi daripada kuasa jahat.
Tonton Lagu Tema Digimon
https://www.youtube.com/watch?v=23LpAs1Wfeg
Ramai kanak-kanak perempuan waktu tu jatuh cinta dengan Digimon sebab kebanyakan raksasa genit semuanya bersifat baik dan comel. Tetapi raksasa tersebut akan bertukar menjadi besar apabila perlu berhadapan dengan kejahatan. Rasa macam nak bela betul-betul je semua raksasa tu!
#4 My Little Pony
Awhhh yang My Little Pony ni lagi comel! Kalau korang peminat kuda ajaib “Unicorn”, korang mesti gemar tengok kartun ni.
Setiap seekor kuda mempunyai kuasa magis yang tersendiri, mereka hidup seperti manusia dan bijak menyelesaiakan permasalahan bersama-sama. Kartun ni banyak menggunakan muzik dalam jalan ceritanya. So memang enjoy habis kalau tonton.
Tonton Lagu Tema My Little Pony
#5 Totally Spies
Ingat lagi tiga orang perisik yang paling cantik ni? Sam, Alex dan Clover!
Bunyi telefon bimbit kecemasan diorang paling mengimbau memori! Kartun ni buatkan penulis teringin nak jadi perisik yang bergaya dan cantik macam diorang!
Not exactly a 90’s cartoon, kerana diterbitkan sekitar awal tahun 2000… tetapi Totally Spies memang syok! Setiap kali tonton episod baru mesti tiga sekawan yang menyamar sebagai orang biasa untuk menyelesaikan kes kejahatan ni akan bergaya sakan dengan gajet elektronik mereka.
Tonton Episod Penuh Totally Spies Menyelesaikan Misi
#6 Powerpuff Girls
Ni pun sama juga! Power Puff Girls ni sebenarnya adik-beradik. Seronok tengok sebab masing-masing ada kuasa yang tersendiri untuk lawan raksasa jahat.
Paling comel sebab mereka manja dan tinggal dengan seorang profesor yang sebenarnya tidak sengaja mencipta mereka sewaktu membuat satu uji kaji.
Tonton Lagu Tema Powerpuff Girls
https://www.youtube.com/watch?v=4mmCMUPCNgE
#7 She-Ra: Princess of Power
Menceritakan tentang seorang puteri cantik yang memiliki kuasa hebat untuk menentang kejahatan.
Agak klise tapi seronok juga!
#8 Jem!
Kalau korang suka muzik, Jem adalah kartun yang paling popular waktu tu dan suka tengok mekap dan pakaian rock mereka yang berwarna-warni tu!
Paling best, Jem dan ahli kumpulan rocknya akan menggunakan kuasa hologram menerusi anting-anting bentuk bintang demi menentang kejahatan.
Tonton Bagaimana Jem & Rakan-Rakannya Mendapat Kuasa
Zaman-zaman belum ada Astro dulu, TV1, TV2, TV3 dan NTV7 lah yang paling banyak siar kartun untuk kanak-kanak. Rindu betul waktu tu!
Walau belum ada internet, kita tetap pandai cipta permainan sendiri dan pandai cari hiburan. Selain bermain patung permainan seperti Barbie, kartun-kartun ni lah yang kita tonton untuk isi masa lapang.
***Kalau korang perasan, kartun dulu-dulu memang banyak pasal individu yang ada kuasa istimewa untuk lawan kejahatan. Semua nak jadi superhero.
Apa kartun kegemaran korang? ❤️