Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Tips

Guna Bedak Bayi Pun Boleh! Tips Kurangkan Rambut Berminyak

by Izzah Azizah
January 29, 2018
Foto - Dr. Axe

Foto - Dr. Axe

390
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Masalah rambut dan kulit kepala berminyak boleh membawa kepada kegatalan dan kelemumur. Adakalanya bersyampu pun seperti tidak, rambut yang kritikal dengan minyak akan menyebabkan syampu tidak berbuih langsung! Bau rambut juga boleh menjadi tengik dan masam. 

Mungkin ada diantara kita telah mencuba pelbagai jenis syampu khususnya untuk kulit kepala berminyak tapi tidak menjadi dan adakala lebih teruk?

Foto – Diet Bus

Kulit kepala berminyak akibat dari pengeluaran minyak berlebihan dari sebum. Minyak yang keluar dikhaskan untuk menjaga kulit dari menjadi kering atau hilang kelembapan. Namun jika berlebihan ia boleh membawa kepada masalah kelemumur dan lebih teruk jangkitan kulat malassezia.

Anda dah penat dengan gatal-gatal dan rasa berminyak kepala? Mari ikuti langkah penjagaan dari Wanista.

#1 Bermula dari pilihan pemakanan

Individu yang lebih banyak makan karbohidrat dan lemak boleh meningkatkan kadar pengeluaran sebum. Jadi kena kurangkan karbohidrat dan lemak sahaja ke? Bukan tapi pastikan sumber yang menyihatkan seperti dari minyak ikan atau makanan laut.

IKLAN

Foto – Google

#2 Kerap bersyampu

Salah satu rutin yang wajib diterapkan ialah bersyampu dengan kerap tapi jangan terlalu banyak menggunakan produk. Cukup untuk membersih kulit kepala dan jangan mengosok terlalu kuat.

Foto – Reader’s Digest

#3 Gel rambut juga beri kesan

Guna jumlah produk gel atau minyak rambut mengikut kesesuaian. Ingat semakin banyak produk rambut disapu rambut lebih tampak berminyak dan secara tidak langsung boleh menyumbat sebum.

Foto – Best Life

#4 Guna cuka epal untuk elak malassezia

Anda mahu cegah dari terus jangkitan kulat malassezia, senang buat air semburan dari campuran cuka epal. Campurkan dua atau tiga sudu besar cuka epal dengan secawan air dan letakkan dalam botol semburan. Pastikan anda sembur hingga akar dan kulit kepala sekurangnya dua atau tiga kali seminggu. Cuci rambut selepas dua atau tiga minit. 

Foto – Bembu

#5 Kelebihan Bedak Bayi

Bedak bayi boleh memerangkap minyak pada rambut dan mengembalikan volume. Kalau anda tak mahu sembur syampu kering ganti sahaja dengan bedak bayi. Sapukan bedak bayi pada akar rambut, untuk rambut warna gelap campurkan bedak dengan bronzer.

Foto – Minq.com 

RUJUKAN 1, 2 & 3

Tags: keburukan rambut berminyakkelebihan bedak bayikenapa rambut berminyaktips elak rambut berminyaktips jagaan rambut berminyaktips pulihkan rambut berminyak
Share156SendShare

Artikel Berkaitan

“OMG Berminyaknya” – Ini Cara Nak Stailkan Rambut Bangs Untuk Si Kulit Berminyak
Tips - Kecantikan

“OMG Berminyaknya” – Ini Cara Nak Stailkan Rambut Bangs Untuk Si Kulit Berminyak

by Lisa AG
January 3, 2022
0

"Saya muka berminyak dan berambut bangs di depan. Selalu tak sampai tengahari, dahi dah makin berminyak. Ada cara tak, nak...

Baca Lagi
5 Tips Untuk Si Ibu Cegah Puting Melecet, Barulah Proses Menyusu Lancar!
Tips

5 Tips Untuk Si Ibu Cegah Puting Melecet, Barulah Proses Menyusu Lancar!

by Soph.Azz
December 24, 2021
0

Tak dinafikan proses menyusukan anak tidak mudah. Ada yang luka, sakit hinggalah melecet puting susunya gara-gara anak. Nak elakkan daripada...

Baca Lagi
Asyik Kalah Je, Ini Trick Main Mesin Yang Kuat Telan Duit Budak-Budak
Tips

Asyik Kalah Je, Ini Trick Main Mesin Yang Kuat Telan Duit Budak-Budak

by Lisa AG
December 23, 2021
0

"Duit dah habis banyak, tapi satu pun tak kena." Bukan kanak-kanak saja, yang dewasa pun turut sama stress setiap kali...

Baca Lagi
Lelaki Kongsi ‘Benteng’ Elak Banjir, Buat Macam Ini Barulah Air Tak Masuk Dalam Rumah
Tips

Lelaki Kongsi ‘Benteng’ Elak Banjir, Buat Macam Ini Barulah Air Tak Masuk Dalam Rumah

by Soph.Azz
December 21, 2021
0

Tak dinafikan ramai yang terkejut dan tidak bersedia menghadapi banjir baru-baru ini terutamanya mereka di Selangor dan Kuala Lumpur. Melihatkan...

Baca Lagi
Artikel Selanjutnya

Trending

  1. 1

    Jika Anda Miliki Ciri-Ciri Ini, Ertinya Anda Seorang Yang Introvert

  2. 2

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  3. 3

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

  4. 4

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  5. 5

    Masih Lagi Ada Orang Pakai Tabita Skincare Walaupun Produk Beracun

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@diva.my




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.