Pedro adalah jenama yang tidak asing lagi dalam dunia fesyen. Sering tampil dengan rekaan hebat, baik untuk gaya formal atau kasual, Pedro peka akan keperluan semua.
Baru-baru ini bersempena dengan musim bunga, Pedro ada melancarkan kempen terbaharunya yang tampil dengan rekaan kasut dan beg yang lebih up-to-date!
Berani tampil dengan suatu kelainan, Pedro banyak menggunakan bentuk geometri untuk koleksi kali ini yang turut ditemani warna-warna menonjol seperti monokrom, merah, biru, kuning dan banyak lagi.
Daripada segi pemilihan material pula, Pedro menerapkan elemen mewah menerusi penggunaan kulit asli serta fabrikasi ranggi lain seperti baldu dan denim.
Setiap satunya melambangkan jiwa segar, bertepatan dengan gaya golongan peminat fesyen hari ini yang obses untuk mencuba aksesori eksentrik.
Tonton Video Kempen PEDRO Untuk Musim Bunga/Panas 2018
Untuk keterangan lanjut, sila klik [www.pedroshoes.com/my/men] atau lawat laman Faceboook Pedro di [www.facebook.com/PedroShoes].