Nak kata apa kalau pasal makanan kegemaran? Orang yang tengah berdiet sakan pun kadang-kadang boleh ‘terlupa’ yang dia tengah dalam proses nak kuruskan badan kalau nampak makanan favorite terhidang sedia depan mata betul tak?
Lelaki Sakit Perut, Muntah dan Cirit-Birit Selepas Nikmati Sashimi Salmon
Seperti seorang lelaki yang berasal daripada California ini, dirinya terpaksa dimasukan ke hospital selepas diserang sakit perut dan cirit-birit melampau gara-gara menikmati hidangan sushi dipanggil “sashimi” berasaskan ikan salmon mentah.
Lebih parah apabila lelaki itu mendapati terdapat cacing pita sepanjang lima kaki keluar dariapda duburnya setelah beberapa ketika membuang air besar. Pada awalnya, lelaki yang berusia 32 tahun itu memberitahu bahawa dia menyangka ‘benda’ yang keluar dari duburnya itu adalah usus dek meneran terlalu kuat namun apabila diperhatikan, itu adalah cacing pita yang luar biasa saiznya.
Cerita ngeri itu dikongsikan sendiri oleh Dr. Kenny Bahn di mana, pesakitnya itu memberitahu bahawa cacing pita itu dengan sendirinya keluar daripada duburnya sebaik dia duduk di atas tandas. Waktu itu, baru dia sedar yang cacing berkenaan masih hidup!
Salmon Merah Jambu Mengandungi Parasit Seperti Cacing Pita
Menurut laporan yang dikeluarkan pihak kesihatan kebangsaan tahun sudah, ikan Salmon Merah Jambu yang dijala di persekitaran pantai Alaska disahkan mengandungi cacing pita manakala spesis Salmon lain seperti Chinook, Coho, Sockeye dan Trout Pelangi tidak terjebak dengan organisma itu.
Bukan itu sahaja, laporan lain turut menyatakan bahawa parasit yang dipanggil “Diphyllobothrium Nihonkaiense” atau lebih dikenali sebagai cacing pita Jepun boleh hidup dalam beberapa jenis ikan yang ditangkap sekitar Asia.
Apabila hidangan sashimi yang berbentuk kepingan ikan mentah dimakan begitu sahaja, ia boleh menyebabkan jangkitan kepada si pemakan tersebut yang kemudiannya menyebabkan isu penghadaman serta masalah ketidak fungsian hati dan jantung dalam jangka masa pendek.
Bahaya Ke Makan Sushi Makanan Laut Yang Mentah?
Sememangnya adalah dikhuatiri kebersihan makanan tersebut apabila dimakan mentah, apa lagi makanan itu adalah hidupan laut atau darat. Oleh itu, pakar menjelaskan bahawa tukang masak perlu peka dengan hal penyediaan makanan mentah di mana ia disyorkan untuk membekukan makanan mentah tersebut selama 7 hari pada suhu -4F sebelum mula menghidangkannya.
Suhu 140F berkenaan adalah suhu yang paling efektif untuk membunuh sebarang organisma atau parasit yang hidup dalam haiwan berkenaan.
Jadi, bagi peminat hidangan sushi makanan laut mentah atau sashimi, hati-hati dan bijaklah memilih restoran yang menjaga kualiti penyediaan makanannya supaya anda tidak mendapat nasib yang sama seperti lelaki ini.
Nota kaki: Gelinya rasa kalau ada benda hidup keluar dariapda badan kita, lebih-lebih lagi cacing pita yang masih hidup! Eww