Cuaca sejuk di Cameron Highlands yang tidak seberapa itu kita sudah memakai baju berlapis apatah lagi kalau digitnya sudah mencecah negatif, mahu kejung.
Tapi, itu yang terjadi kepada girl group K-Pop Lovelyz yang terpaksa membuat persembahan walaupun dalam cuaca -11 ° C (12 ° F), dan paling menyedihkan memakai skirt pendek.
Walaupun dengan cuaca yang membeku, pakaian yang dikenakan Lovelyz adalah kot sejuk nipis, skirt pendek dan stokin paras lutut, tidak cukup untuk membaluti diri yang sedang menahan kesejukan itu.
Dikira profesional, Lovelyz masih mampu melirikkan senyuman manis, menari dengan penuh gembira semata-mata untuk menghiburkan penonton, tetapi mustahil untuk meyembunyikan rasa kesejukan yang terpancar di wajah gadis-gadis comel ini. Lihat sahaja, disaat habis lagu, betapa mereka sesama sendiri meminta heat packs dan melompat untuk menghilangkan sedikit rasa sejuk.
Beberapa hari kebelakangan ini cuaca musim sejuk di Korea tidak menentu, adakalanya menjangkau dua angka negatif (Celsius).