Asos, peruncit atas talian yang berpangkapan di United Kingdom menjelaskan setiap model dikehendaki menaikkan berat badan jika mereka mahu terus ditempah bekerja dengan syarikat itu.
Laporan menyebut seorang model di dalam laman webnya kelihatan terlalu kurus dan perlu menambah berat pada lengan dan tulang selangka.
Perkara ini menjadi tumpuan selepas Victoria Beckham dikecam kerana menggunakan model ‘kurus’ untuk kempen kacamata bagi labelnya. Kejadian itu telah mendorong usaha Asos untuk memperbaharui prosedur bagi pemilihan model untuk produk mereka.
Baca: Tayang Model Kurus-Kering, Victoria Beckham Dikecam
Salah seorang model Asos berkata; “Saya diberitahu bahawa saya perlu menambah berat badan pada lengan dan tulang selangka jika saya mahu bekerja dengan mereka lagi.
“Asos memberi maklum balas pada portfolia, saya kelihatan terlalu kecil dalam gambar dan mereka terpaksa mengetepikan ‘model kurus’ selepas menerima kritikan di media sosial mengguna model yang bersaiz kecil.
“Mereka merasa terpaksa untuk membetulkan prosedur selepas kecaman terhadap model yang digunakan Victoria Beckham, ini sangat tidak adil bagi kami,” jelas model tersebut.
Menurut polisi Asos, mereka bekerja dengan 150 model dari pelbagai agensi di seluruh dunia. Dalam senarai tersebut sudah menyatakan syarikat hanya akan ‘menggunakan model dengan berat badan yang sihat sihat’ dan ‘menyediakan makan tengahari dan makanan ringan percuma untuk model’.
Supaya tiada isu, Asos akan memantau model dengan teliti, lebih-lebih lagi soal kesihatan mereka dengan agensi masing-masing.