Jadi tular baru-baru ini apabila seorang pengguna Facebook dari Thailand berkongsi review tentang jenama tuala wanita Sofy yang mengeluarkan tuala wanita versi 360 darjah!
Kalau dilihat secara kasar, ia seumpama lampin pakai buang untuk orang dewasa tapi jika difikir semula ianya sangat bagus untuk mereka yang mengalami aliran darah banyak pada waktu malam.
Bukan apa siapa tak penat setiap malam tidur dalam keadaan yang tidak tenteram dan lebih teruk saat bangun awal pagi dah ternampak tompokan darah yang harus dicuci.
Menurut dari Mhunoiii, tuala wanita ini dipakai khas untuk waktu malam dan mempunyai tiga saiz mengikut ukuran pinggul. Saiz S – M ialah 24″ dan 40″, setiap pek bungkusan hanya terdapat dua pad sahaja.
Anda tak perlu pakai seluar dalam kerana pad ini dah sepenuhnya sebagai seluar dalam. Blogger ini juga memberitahu ianya sangat selesa dan lembut, saiz pinggang yang lebar serta bahagian bawah pad yang sangat tebal.
Harga yang dijual di Thailand ialah ฿69 (bhat) bersamaan RM8.50. Selain Thailand, negara Korea Selatan dan China juga telah menjual tuala wanita versi ini! Agaknya bila di Malaysia bila nak masuk pasaran?
Anda boleh tonton sendiri cara memakai pad ini di posting status blogger Thailand ini.
Senang pakai pad ini, tak perlu sental seluar dalam bila bocor! Heeeee~