Jika anda penggemar bunga seperti penulis, anda pasti teruja dengan cara baru untuk mengubah bunga segar ini.
Tidak seperti gubahan bunga yang selalu kita lihat, hasilnya lebih unik dan tampak berkelas seperti yang sering menghiasi rumah orang kaya-kaya di barat.
Freakebana yang disebut dengan bunyi “Freak-eh-ba-na” adalah istilah gubahan bunga pelik diinspirasi daripada stail gubahan bunga ala Jepun dipanggil Ikebana.
Teknik gubahan bunga Freakebana banyak menggabungkan elemen luar seperti penggunaan beberapa jenis tumbuhan yang berlainan spesis; kemudian diletak dalam posisi unik untuk mendapatkan aura kepelbagaian.
Mula menjadi perhatian sejak penghujung tahun lalu apabila seorang pereka ternama dari Mexico, Carla Valdivia berkolaborasi bersama temannya Roberto Sanchez bagi mencipta sebuah gubahan yang boleh dikatakan ‘buruk’ tetapi dalam masa yang sama mempunyai nilai estetika tersendiri.
Gubahan Bunga Freakebana Oleh Carla Valdivia Bersama Roberto Sanchez
Gubahan yang memperlihatkan beberapa tangkai bunga krisan dan setangkai bunga bakung Anthurium ditusuk pada sebiji labu madu itu seterusnya mendapat kritikan dan menjadi viral sehingga menjadi ikutan dan trend dalam kalangan si pengubah bunga artistik.
Gubahan Freakebana yang dibuat dengan gabungan bunga Anthurium, akar bunga Orkid, tangkai bunga Orkid serta tiga pasang subang mutiara dari Tiffany & Co.
Penggunaan tin sebagai tapak untuk menampung gubahan Freakebana Durian yang diselaputi material jaring dan setangkai Anthurium merah.
Freakebana adalah alternatif untuk anda ‘menghidupkan’ kembali bunga yang telah layu. Dalam seni gubahan, anda boleh menjangkau idea yang berada di luar kotak untuk menghasilkan ciptaan eksentrik yang bisa memberi suatu kelaian pada ruangan dalam rumah.
Tidak semestinya hanya menggunakan bunga dan tumbuhan semata-mata, Freakebana membuka peluang untuk pengubah memanfaatkan objek lain seperti tali, dawai, pasu hiasan berbentuk abstrak dan lain-lain.
Penggunaan buah dan sayuran sebagai pasu atau tapak gubahan juga bisa membawa suatu kelainan pada gubahan Freakana.
Menarik! Helaian daun Philodendrom yang asalnya berbentuk lebar digunting menjadi bentuk bersegi….
Sekarang, mungkin anda boleh manfaat teknik gubahan Freakebana ini untuk menghias sudut rumah anda.
Well, it doesn’t have to be perfect to look perfect!
Kalau nak tengok lebih banyak contoh gubahan bunga Freakebana, boleh rujuk di sini –>[www.instagram.com/freakebana]
Selamat mencuba! ❤️