Siapa di sini yang langsung tidak mengambil sarapan setiap pagi? Alasanya tidak lalu makan di pagi hari? Anda nak tahu tak bahaya jika anda teruskan tabiat tidak sihat malah boleh mendatangkan kemudaratan silap hari bulan.
Tak percaya? Lihat fakta ini – Hati-Hati! 6 Bahaya Kesihatan Bila Tak Makan Sarapan Pagi
Syabas buat sesiapa yang sentiasa tidak lupa untuk sarapan apatah lagi mengamalkan sajian yang sihat. Jika anda jenis yang senang bawa bekalan ke pejabat, pasti bosan jika selalu makan benda yang sama. Kadang-kala teringin sediakan bekal makanan yang lain setiap hari, tapi masalahnya langsung tak ada idea.
Nah, Wanista mudahkan korang semua, yang penting rajin..
Sandwich Salmon
Ini bahan-bahannya – smoked salmon, mayonis, saderi, chives, capers, parutan lemon, lada hitam, daun salad dan roti gandum.
Salmon, saderi, chives, capers, kesemuanya dicincang halus. Campur bahan-bahan yang dicincang tadi bersama mayonis, parutan lemon, lada hitam ke dalam satu mangkuk. Gaul sebati. Sekarang dah boleh siap hiaskan sandwich. Daun salad boleh diletak di bawah atau atas, ikut selera masing-masing.
Sandwich Daging Panggang bersama Tomato
Untuk membuatnya, bahan-bahan diperlukan ialah tomato, minyak zaitun, rosemary yang dicincang, garam, lada hitam, krim masam, horseradish, arugula, lobak, jus lemon segar, daging panggang dan roti sandwich – kuantiti mengikut kesesuaian anda.
Panaskan ketuhar hingga 400 ° F. Letak tomato, minyak zaitun, rosemary, garam ke dalam bekas pembakar. Panggang sehingga sangat lembut, 20 hingga 25 minit. Biarkan sejuk.
Sementara itu, dalam satu mangkuk kecil, krim masam, horseradish dan lada hitam digaul sekata. Untuk salad, sediakan arugula, jus lemon dan minyak, adun sama rata. Akhir sekali sediakan sandwich.
Sandwich Sardin Goreng
Sandwich paling mudah, sediakan sardin, garam, bawang merah, air limau nipis, cili merah dan hijau, timun, tomato, bawang besar, roti dan mentega.
Caranya, Panaskan minyak dan tumis bawang merah yang dihiris sehingga wangi. Masukkan sardin yang telah dilecek. Masukkan sedikit sos sardin. Kacau rata sehingga nampak masak. Masukkan cili yang telah dihiris. Masukkan garam dan air asam limau nipis. Angkat. Sapu mentega pada roti dan masukkan sardin. Masukkan pula timun, tomato dan bawang besar hiris. Tutup dengan sekeping lagi roti.
Sandwich Ayam bersama Sos Mustard
Sangat mudah, anda hanya perlu sediakan dada ayam, roti croissant, salad, tomato, mayonis, mustard, madu, lada hitam dan jus lemon.
Masukkan mayonis, mustard dan madu ke dalam mangkuk, ikut citarasa sendiri. Selepas itu, masukkan serbuk lada hitam dan jus lemon ke dalam adunan yang dikacau. Sekarang boleh sediakan sandwich, potong croissant – letak salad dan tomato, dada ayam dan sos tadi. Siap!
Sandwich Telur bersama Bawang Goreng & Beef Bacon
Sediakan roti brioche yang dibakar, minyak zaitun, bawang, beef bacon, daun daun frisée, garam halus, lada hitam, telur dan jam blackberry.
Panaskan minyak dalam kuali besar nonstick di atas api sederhana. Masukkan bawang dan garam dan lada hitam, masak sehingga kekuningan.
Goreng telur mata lembu, ikut citarasa sendiri sama ada mahu kuning sedikit berair atau betul-betul masak, letak garam dan lada hitam sebagai perasa. Goreng beef bacon. Sekarang sediakan roti, daun frisée, bawang goreng, beef bacon dan telur bersama. Siap!
Mudahkan? Sekarang menu pun berubah setiap hari sepanjang minggu….