Mungkin ada di antara kita lebih memilih bedak asas jenis Cushion kerana ingin tampak lebih semulajadi tapi sayangnya kebanyakan Cushion tidak memberi litupan menyeluruh.
Untuk itu, Sulwhasoo memberikan keindahan harmoni dan kesimbangan, dengan penambahbaikan Perfecting Cushion EX. Bedak asas ini menzahirkan rupa sempurna dengan litupan menyeluruh dan sentuhan hidranya.
Perfecting Cushion EX yang ditambah baik ini membolehkan litupan sempurna dilakukan menerusi formula dan teknologi penjagaan kulit ‘Slim fit high coverage’ Sulwhasoo, yang membuang bahan pelembap Schizophyllum (Split Gill Mushroom). Formula ini memberikan litupan sempurna yang mendatangkan rasa ringan ke atas kulit dan keselesaan untuk jangka masa yang panjang.
Bukan itu sahaja, Sulwhasoo menambah warna baharu Perfecting Cushion EX bagi memenuhi lebih pelanggan di Korea dan luar negara. Pilihan 8 warna menawarkan pelbagai pilihan untuk pelanggan dengan tona kulit dan kehendak berbeza.
https://www.instagram.com/p/Bd8_CmMHfSj/?taken-by=wanistadotcom
Sulwhasoo Perfecting Cushion EX boleh didapati di semua kaunter Sulwhasoo terpilih dengan harga RM230.