Masih terfikir dan mencari-cari lokasi percutian 2018? Alangkah seronoknya bila dapat menjejakkan kaki di bumi orang sambil melihat keindahan alam dan seni bina yang pelbagai, tepat untuk dijadikan latar fotografi instagram.
Untuk meleraikan kebingungan anda semua, ini Wanista kongsikan senarai beberapa destinasi ideal yang patut anda dan teman kaki travel kunjungi tahun ini menurut National Geographic!
#1 Seoraksan National Park, Korea Selatan
Indah dikelilingi ciptaan tuhan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata, taman ini mungkin adalah tempat yang paling tenang untuk dikunjungi.
Menurut National Geographic, pengunjung berpeluang melihat sendiri gunung-ganang yang tersergam cantik di sekitar taman ini termasuklah gunung Sorak (Seoraksan) yang berketinggian 5,604 kaki.
#2 Dublin, Ireland
Inilah perkampungan terbesar di Eropah!
Mempunyai lebih 1.2 juta penduduk, Ireland terkenal dengan individu yang berpersonaliti ramah dan baik-baik belaka.
Bersiar-siarlah ke muzium berdekatan sambil menghirup udara segar manakala, ketika setelah penat nanti… bolehlah singgah di kedai-kedai pastri mahupun kafe di sekitarnya untuk menjamah dan merasa sendiri air tangan prang tempatan.
#3 Friesland, Netherlands
Kenali lebih dekat tradisi orang belanda di sini. Untuk pengetahuan semua, Friesland juga merupakan daerah yang dipilih menjadi tuan rumah untuk Capitalk of Culture bagi tahun 2018
Selain keju yang pelbagai, jangan lupa untuk cuba roti yang dilapisi campuran gula dan kayu manis ini. Khabarnya ia adalah antara pastri popular yang menarik untuk dimakan bersama sapuan keju atau mentega.
#4 Jordan
Sukakan cabaran? Jom terokai khazanah alam yang penuh dengan sejarah silam di Jordan.
Perjalanan sejauh 400 batu menerusi jejak Jordon Trail akan terbahagi kepada lapan seksyen yang akan membawa anda untuk menimba pengalaman eksotik ke rimba, padang pasir, lembah, serta pesisir pantai Laut Merah (laut mati).
#5 Malmö, Sweden
Berapa banyak pengetahuan anda tentang negara yang membawa masuk jenama IKEA ini? Untuk pengetahuan semua, bandar yang dinamakan Malmö di Sweden ini kaya dengan seni bina moden yang turut menempatkan lebih 450 buah restoran menarik untuk di kaki makan cuba!
Pernah diiktiraf oleh pihak United Nations sebagai bandar ketiga terbesar di dunia yang menawarkan aneka juadah enak termasuklah hidangan kebab berinti yang dipanggil falafel.
#6 Sydney, Australia
Dua tahun lalu, pihak kerajaan Australia memperuntukkan bajet bernilai hampir 300 juta dolar untuk mengubah suai keadaan rumah opera ikonik yang telah sekian lama menjadi mercu bandar Sydney.
Pengubahsuaian itu bakal memberi lebih banyak peluang kepada pelancong dan pengunjung tempatan untuk merasai pengalaman artistik sewaktu menjejakan kaki ke Opera House yang kini sudah berwajah baru.
#7 Harar, Ethiopia
Jika sudah bosan untuk ke Eropah apa kata kali ini anda ke Afrika. Untuk pengetahuan semua, Harar adalah sebuah kota yang memuatkan populasi muslim di Ethiopia.
Oleh sebab itu, ia juga digelar sebagai “Mekah Afrika” malah terdapat lebih 82 masjid dibina di sekitarnya.
Selain berpeluang menikmati kuih-muih serta minuman kopi yang asli berkualiti, pengujung juga boleh melihat keadaan malam sebenar di Harar apabila penjaga ‘Hyena Men’ memberi makan kepada bintang mamalia pemakan daging itu.
Selamat bercuti semuanya! ❤️