Seperti yang kita tahu, aktres seksi Meghan Markle bakal mengahwini anak bongsu mendiang Puteri Diana iaitu Putera Harry menjelang Mei nanti. Dalam pada itu semalam, rata-rata netizen terkejut dengan tindakan Meghan untuk melesapkan ketiga-tiga akaun media sosialnya termasuklah Instagram, Facebook dan Twitter meskipun memiliki jutaan pengikut.
Menurut sumber, ini mungkin merupakan salah satu syarat dan peraturan yang diarahkan oleh bakal suaminya itu.
Meghan sebelum ini mempunyai tiga juta pengikut di Instagram, 475,000 pengikut di Twitter manakala akaun Facebook miliknya pula adalah tertutup.
Meskipun begitu, ternyata ketiga-tiga akaun media sosial peribadinya telah pun hilang daripada carian sejak Selasa lalu dan mulai saat ini segala aktiviti dan perkembangan terkini Meghan hanya boleh dilihat menerusi akaun media sosial rasmi istana Kensington Palace.
Khabarnya, tiada seorang pun ahli keluarga diraja Britain termasuk Putera William, Harry, Kate Middleton mahupun Ratu Elizabeth sendiri mempunyai akaun media sosial.
Meghan dan Putera Harry akan disatukan pada hari Sabtu, 19 Mei 2018 di Windsor Castle.