Mentholatum seperti biasa mempunyai lip balm untuk setiap keperluan anda sama ada untuk bibir kering dan menggelupas, kusam, sensitif atau penampilan yang kurang sempurna. Edisi terbaru ini, bukan hanya melembapkan bibir tetapi juga membantu mengekalkan bibir yang lembut.
Lano Soft – edisi balsam bibir terbaru daripada Mentholatum yang menawarkan pengguna pengalaman yang unik dengan formula baru menggunakan Lanolin Gred Farmaseutikal Premium dan Ekstrak Essence yang didapatkan oleh teknologi canggih dari Jepun.
Fakta
Lanolin adalah agen pelembap yang popular di dalam penjagaan kulit, penjagaan rambut dan terutamanya dalam produk balsam bibir. Ia berasal semula jadi daripada bulu kambing biri-biri yang sangat emolien dan berfungsi sebagai pelembap berkesan. Tekstur seperti lilin membolehkan aplikasi mudah dengan hanya meluncur apabila dioles. Lanolin mengunci lembapan secara semula jadi dan menghalangnya daripada kekeringan. Ia juga menyerap kelembapan daripada udara, dengan itu ia melembapkan bibir sambil meremajakannya.
Selain Lanolin, Lano Soft juga mengandungi bahan lembapan yang hebat seperti Minyak Jojoba, Minyak Argan, Minyak Biji Bunga Matahari dan Ekstrak Daun Rosemary yang melembap secara mendalam serta memperbaiki penampilan garis halus.
Balsam Lano Soft ini dijual pada harga RM19.50 dan boleh didapati di semua farmasi dan pasar raya utama.