Semalam kecoh nama aktor dan aktres dalam filem Train To Busan, Gong Yoo dan Jung Yu Mi dikatakan bakal mendirikan rumah tangga.
Ia bermula apabila seorang pengguna dalam rangkaian komuniti atas talian telah memberitahu Gong Yoo telah pun menempah Hotel Shilla sebagai lokasi majlis perkahwinan.
“Gong Yoo bakal berkahwin~ Dia telah membuat tempahan di Hotel Shilla semalam, dan pekerja dari hotel tersebut telah membocorkan maklumat. Dia bakal berkahwin dengan Jung Yu Mi.”
Apa yang lebih menarik, ramai yang mempercayai khabar angin tersebut kerana lokasi dan tarikh majlis perkahwinan telah tersebar.
Namun, pihak agensi Soop Entertaiment yang mewakili dua pelakon ini tidak tunggu lama untuk menafikan gosip murahan ini. Tertanya ini hanya khabar angin dan isu perkahwinan antara Gong Yoo dan Jung Yu Mi adalah tidak benar.
Ternyata hubungan Gong Yoo dan Yu Mi hanyalah dianggap sebagai adik-beradik. Selain Train To Busan, mereka juga pernah berganding dalam filem Silenced bersama.
Fuh! Lega Gong Yoo masih single.