Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Berita & Isu Semasa

Dah Besar! Kate Kongsi Foto Hari Pertama Princess Charlotte Masuk Taska

by Afiqah Syamin
January 9, 2018
Sumber: Copyright: HRH The Duchess of Cambridge 2018.

Sumber: Copyright: HRH The Duchess of Cambridge 2018.

83
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Sudah menjadi kelaziman bagi ibu bapa masa kini untuk mendedahkan anak-anak mereka dengan ilmu kemandirian menerusi program pembelajaran awal seperti di tadika mahupun taska sebagai persediaan awal sebelum anak itu melangkah ke peringkat yang seterusnya.

Sumber: The Duchess of Cambridge/KENSINGTON PALACE/HANDOUT/EP -EFE/Shutterstock

Juga dikenali sebagai “playschool” atau nursery, kebiasaan kanak-kanak berusia seawal 2 tahun sudah boleh dihantar ke taska lazimnya untuk dijaga dan diasuh sekaligus membiasanya kanak-kanak tersebut dengan persekitaran yang memerlukan dirinya berinteraksi dan bersosial dengan individu sebayanya.

Semalam, tersebar beberapa keping foto puteri kepada pasangan diraja Britain iaitu Princess Charlotte yang khabarnya sudah pun dimasukan ke taska buat julung kalinya.

Sumber: The Duchess of Cambridge/KENSINGTON PALACE/HANDOUT/EP -EFE/Shutterstock

Memakai kot pendek paras lutut rona merah hati yang dipadankan dengan kasut senada, beliau tersenyum gembira seolah tidak gentar biarpun buat kali pertamanya harus berpisah dengan si ibu dan pengasuh istananya. Turut menemani puteri genit kesayangan ramai itu ke taska adalah beg galas jenama Cath Kidston dihiasi ilustrasi anak kuda warna merah jambu serta skraf yang dililit ke leher. Manakala, rambut paras bahunya pula dikemaskan dengan riben ringkas.

IKLAN

Sumber: Pinterest

Menurut pihak Kensington Palace, foto tersebut dirakam sendiri oleh Kate beberapa ketika sebelum Princess Charlotte ditinggalkan bersama pihak taska yang bertugas. Taska tersebut dikenali sebagai Willcocks Nursery School.

Foto Prince George dirakam sekitar tahun lalu. Sumber: Duchess of Cambridge/PA Wire via Getty

Dalam masa yang sama, abangnya Prince George turut bakal memulakan sesi persekolahan untuk baru untuk penggal yang ke-2 di Thomas’ Battersea minngu ini.

Walau bagaimanapun, apa yang menarik perhatian lensa kamera adalah, wajah Princess Charlotte sememangnya saling tak tumpah seperti wajah nendanya, Queen Elizabeth sewaktu kanak-kanak.

Sumber: Pinterest

SUMBER

Tags: Gambar Princess CharlotteHari Pertama Princess Charlotte Masuk TaskaKate Middleton Kongsi Foto Princess Charlotte Masuk TaskaKeluarga Diraja BritainKensington PalaceMuka Princess Charlotte Mirip Queen Elizabethputeri charlotteWillcocks Nursery School.
Share33SendShare

IKLAN

Artikel Berkaitan

“Terharunya!”- Netizen Tabik Abang Sanggup Dukung Pengantin Perempuan Ketika Majlis Perkahwinan
Berita & Isu Semasa

“Terharunya!”- Netizen Tabik Abang Sanggup Dukung Pengantin Perempuan Ketika Majlis Perkahwinan

December 27, 2021
#NCTzenBantu: Peminat K-Pop NCT Buat Tabung Banjir, Nekad Mahu Bantu Mangsa Yang Terjejas
Berita & Isu Semasa

#NCTzenBantu: Peminat K-Pop NCT Buat Tabung Banjir, Nekad Mahu Bantu Mangsa Yang Terjejas

December 20, 2021
#DaruratBanjir: Senarai 71 Jalan Utama & Lebuhraya Di Selangor Yang Ditutup
Berita & Isu Semasa

#DaruratBanjir: Senarai 71 Jalan Utama & Lebuhraya Di Selangor Yang Ditutup

December 20, 2021
“Otak Boleh Rosak!”- Akui Tonton Pornografi Sejak Kecil, Billie Eilish Dedah Ini Kesannya…
Berita & Isu Semasa

“Otak Boleh Rosak!”- Akui Tonton Pornografi Sejak Kecil, Billie Eilish Dedah Ini Kesannya…

December 16, 2021
Artikel Selanjutnya

Trending

  1. 1

    Tampil Manis & Simple, Baju Pengantin Nurul Izzah Rupanya Direka Oleh…

  2. 2

    #DIVAKongsi 5 Kedai Buku Jadi Hot Spot Wajib Untuk OOTD Instagram!

  3. 3

    Jika Anda Miliki Ciri-Ciri Ini, Ertinya Anda Seorang Yang Introvert

  4. 4

    Keajaiban Ayat ‘Laqod Jaa’kum’ Jika Jadi Amalan Harian

  5. 5

    [ Hiburan ] Pelakon Jeslina Hashim sah bercerai talak satu

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@diva.my




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.