Siapa yang tidak kenal Blake Lively, seorang pelakon wanita yang terkenal dengan watak Serena van der Woodsen dalam cerita bersiri Gossip Girl. Dikenali atas bakat lakonan, cita rasa fesyen dan juga rupanya yang manis dan cantik, malah tidak lupa kaki yang panjang serta seksi.
Sebagai contoh, setelah melahirkan anak dan berehat seketika, Blake Lively dilihat all out untuk siri promosi filem All I See Is You, termasuklah menukar 7 persalinan dalam satu hari dan she has never looked better!
Isteri kepada pelakon kacak Ryan Reynold ini dilihat turut lebih berani dalam pemilihan gaya. Dari rona terang, cetakan, mixed of patterns, semuanya berani dicuba.
Bahkan yang menariknya pelakon ini tidak memerlukan sebarang bantuan pakar untuk menetapkan fesyen apa yang sesuai atau tidak. Disebabkan keberaniannya juga dia diangkat menjadi ikon fesyen dan terus menjadi perhatian.
#1 Mampu pakai suit. Kalah lelaki!
#2 From head to toe dengan rona kuning.
#3 Tampil unik dalam dress hitam putih dengan tompokan perincian sequin.
#4 Tak semua orang cantik memakai jumpsuit, lebih-lebih lagi dalam corak berkotak sebegini.
#5 Nampak agak semak tapi Blake Lively jadikannya mudah dan stail seperti biasa.
#6 Untuk gaya yang ke-6, Blake menerapkan elemen sporty dan glamor. Cemburu tengok rambut Blake?
Ini rahsianya – Mayonis! Inilah Rahsia Blake Lively Miliki Rambut Cantik
#7 This is Serena Van Der Woodsen look!
Orang kata kalau dah cantik, jadi pakai apa sahaja nampak elok. Kannn?