Anda sedang mencari gabungan antara penjagaan bibir dan warna bibir? Mentholatum Lip Crayon Lip Balm Baharu bukan sahaja berfungsi sebagai penyeri bibir, tetapi juga menyuburkan bibir dengan kelembapan yang tinggi.
Mentholatum Lip Crayon Lip Balm yang terbaharu adalah pilihan tepat untuk anda – apa yang anda perlukan hanya oles untuk bibir yang sihat berseri, mekar dan lembap.
Berfungsi sebagai krayon bibir dan juga pelembap bibir, Mentholatum Lip Crayon Lip Balm serba baharu ini dirumuskan bukan sahaja untuk memberikan bibir warna lembut, tetapi manfaat lembapannya juga memastikan bibir kekal lembap sepanjang hari.
Berbeza dengan krayon bibir lain, Mentholatum Lip Crayon Lip Balm adalah ultra lembap kerana ia dirumuskan dengan bahan pelembap seperti Minyak Argan dan Minyak Biji Meadowform untuk membantu menghidratkan, menyuburkan dan melindungi bibir, meninggalkannya terasa licin dan terhidrat walaupun selepas berjam-jam dioles.
Mentholatum Lip Crayon Lip Balm dijual pada harga RM 19.90 (3g). Ia boleh didapati di kesemua farmasi dan juga pasar raya utama bermula Januari 2018.