Anak-anak kacukan ada keunikan dan keistimewaan mereka sendiri. Bukan sahaja pada rupa paras bahkan minda mereka juga dikatakan lebih celik berbanding anak-anak biasa.
Hidup di dunia tanpa sempadan kini ramai anak-anak kacukan mendapat tumpuan lebih sehingga ada diantara mereka mempunyai peminat melalui akaun media sosial. Amboi!
Jangan ingat idol K-pop sahaja popular, mari kita lihat pula siapa kanak-kanak Korea kacukan yang paling mendapat perhatian seluruh dunia.
#1 Choo Sarang (Korea-Jepun)
Lahir dari keluarga sempurna, ayahnya seorang atlet tinju professional dan ibu seorang model Jepun popular. Mula dikenali dari rancangan Return of Superman, sifat comel dan lucu antara sebab penonton menjadi ketagih menonton program tersebut.
#2 Mason Moon Moorhouse (Korea-Kanada)
Pelakon kanak-kanak berdarah Korea-Kanada ini debut dalam filem Baby and I seterusnya membawa dia ke bidang pengacaraan untuk rancangan Good Daddy. Kini sudah berusia 10 tahun, Mason sibuk pula ke dunia modelling.
#3 Ella Gross (Amerika-Korea)
Sangat cantik! Menetap di Amerika, namun kanak-kanak berusia 9 tahun sudah pun menakluk dunia dengan kecantikan dari hasil dua gen. Ella bukan calang-calang model, dia biasa tampil dengan jenama-jenama besar.
#4 William Hammington (Australia-Korea)
Baby William yang sangat comel! Keletah anak lelaki pelawak Sam Hammington pandai mencuri perhatian penonton Return of Superman. Kini William antara yang popular dikalangan bayi selebriti di Korea.
#5 Ilayda Yilmaz (Turki-Korea)
Baru sahaja menjinak-jinak diri dalam dunia modelling. Si comel ini rupanya mengikut jejak langkah si kakak, Aleyna Yilmaz. Sekali imbas, tak tahu Ilayda ikut si bapa (Turki) atau si ibu (Korea). Anda rasa?
#6 Lincoln Paul Lambert (Amerika-Korea)
Walaupun masih kanak-kanak, rupa kacak memang milik Lincoln. Sibuk dengan urusan modelling dan lakonan, Lincoln tetap menguruskan akaun Instagram dengan baik untuk menjadi tatapan pengikutnya yang berjumlah 50 ribu!
#7 Cristina Fernandez Lee (Sepanyol-Korea)
Model kanak-kanak ini uniknya mempunyai kening tebal tidak seperti kanak-kanak Korea. Wajah yang innocent dan lemah-lembut membuatkan Cristina sering dipanggil untuk menjayakan photoshoot.
#8 Lauren Lunde (Kanada-Korea)
Juga bekerja sebagai model kanak-kanak. Aduh, lihatlah mata Lauren bulat dan hitam itu memang meruntun jiwa. Penulis cemburu dengan warna rambut Lauren yang semulajadi perang!
#9 Evelyn Douma (Kanada-Korea)
Jangan tak tau, si cilik ini merupakan adik kepada penyanyi Jeon So-Mi. Jika si kakak sibuk dengan persiapan debut, adiknya pula kini bersiaran sebagai selebriti rancangan realiti. Wow!
#10 Recipon William Leo (Perancis-Korea)
Jika dulu dari rancangan realiti Hello Baby kini Recipon lebih sibuk bekerja sebagai model kanak-kanak. Bentuk muka Eropah dan rupa Asia, campuran sempurna untuk kanak-kanak kacak ini.
Siapa yang paling anda adore?