Seperti Vaseline, banyak lagi kelebihan dan manfaat kegunaannya yang bukan sahaja baik untuk melembabkan bibir atau kulit kering dan begitu juga dengan ubat gigi kerana, ia memiliki seribu satu kegunaannya yang tersendiri selain hanya sebagai pembersih oral. Untuk itu, ini Wanista kongsikan bersama 13 kegunaan lain ubat gigi yang bakal memudahkan kehidupan seharian anda.
BACA: 11 Kegunaan Lain Vaseline
#1 Pengilat Perhiasan
Penrcaya atau tidak, ubat gigi mampu mengilatkan aksesori atau perhiasan perak anda. Caranya sapukan sedikit pes ubat gigi lalu menggosoknya pada permukaan perak tersebut. Hasilnya perhiasan anda lebih berkilat dan kelihatan baru semula.
#2 Pengilat Lampu Kereta
Hasilnya seperti mendapatkan servis daripada pusat servis kereta, jika lampu kereta sudah kotor dan kelihatan lebam seperti di dalam gambar sebelah kiri, anda secara mudahnya boleh mencabut bahagian lampu tersebut lalu menyapu ubat gigi pada bahagian dalamannya agar ia kelihatan bersih dan bersinar semula.
#3 Putihkan Kekunci Piano
Apabila sudah terlalu usang, lama-kelamaan papan kekunci pada piano akan menjadi kekuningan bukan? Hal itu boleh diselesaikan dengan menggunakan pes ubat gigi sebagai pencuci agar ia kelihatan putih seperti sebelumnya.
#4 Membersihkan Bahagian PVC Kasut
Kasut sekolah jenis Converse atau jenama STAR biasanya sering mudah lebam. oleh itu cara untuk memutihkannya adalah dengan menyapu dan memberus sedikit pesubat gigi di atasnya.
#5 Mengelak Goggle Dariapda Berwap
Sebelum berenang, ada baiknya anda menyapu bahagian dalam cermin google dengan ubat gigi lalu membilasnya. Hal ini akan mengelak google anda berwap dan kabur semasa berenang nanti.
#6 Hilangkan Kesan Kotoran Pada Perabot Kayu
Hanya menggunakan air dan sabun tidak dapat membersih kesan kotoran degil pada permukaan kayu. Oleh itu cuba guna pes ubat gigi sebagai pembersih malah kesannya sama seperti penggunaan bahan peluntur yang bertindak lembut pada perabot.
#7 Memudar Sekaligus Menghilangkan Kotoran Pada Pakaian
Tahukah anda bahawa ubat gigi bisa menghilangkan beberapa kotoran pada pakaian? Umpamanya seperti kesan gincu, sos makanan mahupun kotoran lebam. Picit dan sapukan pes pada bahagian yang hendak dibersihkan, biarkan ia seketika sebelum mencuci seperti biasa. Tetapi hati-hati kerana jika helah ini digunakan pada baju berwarna, ia mungkin akan rosak. Gunakan tipini untuk pakaian yang putih dan berwarna cerah sahaja okay?
#8 Mengilatkan Barangan Logam Dalam Bilik Air
Paip, besi penggantung dan tombol pintu bilik air lazimnya mudah kelam setelah sekian lama dibasahi air dan terkena percikan sabun. Selain menggunakan sos tomato, ubat gigi juga boleh mengilatkan bahagian besi tersebut.
#9 Boleh Mengilatkan Bahagian Bawah Seterika Juga!
Yup! Ini cara paling berkesan selain menggunakan lilin untuk membersih dan mengilat bahagian bawah seterika yang mudah berkarat.
#10 Hilangkan Kesan Calar Pada Badan Telefon
Jika badan telefon anda sudah lebam dan kotor dihinggap debu dan kesan lekit pada meja makan dan permukaan kotor lain, boleh cuba guna pes ubat gigi. Ia juga bertindak menghilangkan kesan calar.
#11 Kilatkan Kuku
Tak perlu susah payah memakai produk untuk buat kuku nampak berkilat, boleh sapukan ubat gigi di seluruh bahagian kuku, biarkan ia seketika, berus kemudian membilasnya. Hasil? Seperti baru keluar dari salon kuku mewah!
#12 Hilangkan Bau Hanyir Pada Tangan
Tangan bau ikan dan bawang putih sehingga suka untuk menghilangkannya meskipun sudah dicuci dengan sabun wangi? Gosokan tangan dengan sedikit pes ubat gigi lalu bilasnya kembali.
Semoga berguna dan selamat mencuba!