Seperti biasa, kita semua akan pasang niat atau azam setiap kali bermulanya lembaran baru untuk tahun yang baru dan selain untuk menjaga kesihatan tubuh badan serta mendapatkan berat badan yang ideal, antara niat yang selalu dibangkitkan mengisi senarai azam tahun baru adalah untuk kelihatan cantik serta mengamalkan rejim yang lebih menfaat betul tak?
Untuk itu, ini Wanista cadangan lima barang unik untuk lengkapkan rutin kecantikan korang sepanjang 2018!
#1 EgoEra Facial Mask Maker
Hebatnya mesin ini, ia membolehkan pengguna mencipta kepingan topeng wajah sendiri dengan menggunakan ramuan daripada jus, buah-buahan dan sayuran yang kemudian dicampur dengan pil atau kapsul kolagen. Hanya dengan beberapa langkah mudah anda bisa nikmati pengalaman spa kecantikan yang dilakukan sendiri di rumah. Mudah dan hasilnya lebih menjimatkan! Berkesan pula tu. [KLIK UNTUK BELI]
Tonton Video Tutorial Menggunakan EgoEra Facial Mask Machine
#2 The Body Shop Shades Adjusting Drops
Jika agak-agak bedak asas yang dibeli tidak cukup gelap atau cerah untuk dipadankan dengan tona kulit anda, jangan risau kerana anda dengan mudah boleh membeli cecair magis daripada The Body Shop ini untuk mencipta semula bedak asas yang sama dengan warna kulit anda.
Setiap kali sebelum memakai bedak asas, boleh titiskan sedikit “adjusting drops” berkenaan di atas permukaan tangan bersama beberapa pam bedak asas bagi mendapatkan warna foundation yang diingini.
#3 Tweexy
Tweexy akan bantu proses mewarna kuku anda jadi lebih lancar, mudah dan cepat tanpa sebarang masalah.
Ia merupakan inovasi yang dicipta untuk menjadi pemegang yang boleh mencengkam botol pewarna kuku yang kemudian disarung pada jari.
#4 Veet Laser Hair Removal
Veet sebagai jenama peneraju yang membantu wanita untuk mendapatkan kulit halus tanpa bulu kini tampil dengan satu lagi inovasi lebih mewah ala pusat kecantikan yang membolehkan pengguna memanfaatkan teknik pembuangan bulu cara laser menggunakan teknologi Veet Infini’Silk Pro Light.
Ia diinspirasikan daripada teknik IPL yang lazimnya ditawarkan spa-spa untuk melemahkan akar bulu roma lalu menjadikan kulit lebih halus dan bersih tanpa bulu untuk jangka masa yang panjang. [KLIK UNTUK BELI]
Tonton Tutorial Menggunakan Veet Infini’Silk Pro Light
#5 Prestige Cosmetics Makeup Eraser Pen
Pen ajaib ini dapat bantu memadam kesan comot atau sebarang kesalahan kecil solekan yang telah anda lakukan secara mudah tanpa merosakkan bahagian solekan lain yang telah sedia dilakukan pada wajah.
Tak perlu guna air atau cecair penghapus mekap (makeup remover), padam sahaja guna pen ini seperti anda sedang memadam tulisan di kertas menggunakan liquid paper. [KLIK UNTUK BELI]
Jadi dalam banyak-banyak item ini, yang mana satu menarik minta anda?
Selamat mencuba! ❤️