Sekejapnya rasa masa berlalu, lebih lagi bila mendengar berita tentang pembubaran kumpulan miss A yang telah disahkan sendiri oleh agensi mereka JYP Entertaiment.
Pada 27 Disember lalu, JYP Entertaiment telah mengeluarkan kenyataan tentang pembubaran miss A yang terkenal dengan lagu hit seperti Bad Girl Good Girl, If I Were A Boy dan banyak lagi.
Namun bekas ahli kumpulan tersebut Fei kembali menyambung kontrak bersama JYP pada Mei 2016 dan Suzy pada Ogos 2017. Manakala lagi dua bekas ahli tersebut iaitu Jia dan Min telah meninggalkan agensi pada Mei 2016 dan April 2017.
Walaubagaimanapun pembubaran ini tidak mengejutkan para peminat kerana miss A mula nampak goyah sejak 2 tahun lalu. Lagu terakhir yang dibawa oleh miss A hanyalah Only You pada tahun 2015 melalui album Colors, selepas dari itu kumpulan tersebut jarang dilihat bersama atau keluar mempromosikan sebarang aktiviti.