Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result

Wanista Suka! 5 Jenama Losyen Badan Pilihan Yang Wangi Dan Bermanfaat

by Izzah Azizah
December 30, 2017
19
SHARES
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Tahukah anda, kulit adalah organ terbesar manusia.

Sama seperti kulit wajah, kulit pada badan juga memerlukan rawatan khusus. Cukup dengan membersih (mandi) dan melembab kerana ia juga terdedah kepada udara tercemar dan terkena radikal bebas merbahaya. Tapi seringkali ramai yang terlupa tentang penting memberi kelembapan pada kulit badan. 

Bahagian kulit kasar seperti siku, lutut dan tumit wajar diberi perhatian kerana bahagian tersebut sering mengalami kekeringan sekaligus boleh menyebabkan luka dan gatal-gatal. Takut kan?

Contoh kulit kering. Foto – iStock

Wanista syorkan anda untuk manjakan kulit badan dengan rangkaian krim atau losyen badan. Senang sahaja, selepas mandi atau sebelum tidur sapukan losyen badan keseluruhan badan. Jangan lupa leher sekali! 

Tak tahu nak pakai losyen badan yang mana? Mari Wanista perkenalkan 5 losyen badan yang berjaya membuatkan kulit lebih berseri dan wangi. 

#1 Origins: Ginger Souffle

Bau segar halia sangat mengagumkan, itu belum lagi sesudah anda menyapu krim ini dikeseluruhan badan memang terasa segar sangat! Tinggi hidrasi dan sesuai pada kulit samada dibawah suhu panas atau sejuk. Adunan dari Olive Oil, Grape Seed Oil, Rice Bran Oil dan Apricot Kernel Oil melembutkan kulit kering anda dan daya penyerapan sangat cepat serta tidak melekit. 

Foto – Sephora
#2 Crabtree & Evelyn: Pomegranate & Argan Oil

Krim badan ini telah diuji oleh ahli dermatologi jadi tiada apa yang perlu anda risau lagi. Pelembab yang menyerap terus ke dalam kulit meninggalkan wangian yang manis dan enak. Kaya dengan kebaikan minyak argan, pistachio dan minyak biji anggur. Kulit memang terasa lembut, halus dan kembali bernafas. Kalau anda suka krim dengan haruman mewah cubalah krim dari Crabtree & Evelyn sangat berbaloi. 

Foto – HaySparkle
#3 Vaseline: Total Moisture 

Siapalah tak suka dengan produk Vaseline kan? Lupakan sebentar jeli petroleum tapi gunakan rangkaian losyen badan Total Moisture yang langsung tidak melekit dan mudah menyerap. Kandungan nutrien dan penggunaan teknologi multi-layer moisture sesuai untuk rawatan dan penjagaan kulit kering. Wanista pilih Vaseline Total Moisture dari Aloe Fresh tapi kalau anda kulit kering yang kritikal, cuba Vaseline Total Moisture (botol kuning).

Foto – beautyblitz.com
#4 The Face Shop Body: Hand & Body Shiffon Cream

Tidak melekit dan mengandungi kebaikan Shea Butter untuk mengekalkan kelembapan pada kulit berpanjangan.  Kebanyakan losyen yang berbau harum boleh beri kesan iritasi pada kulit tapi tidak dari krim The Face Shop ini. Haruman dari buah-buahan buat krim badan ini tidak jemu disapu dan yang paling penting ia sangat baik untuk kulit badan anda! 

Foto – Google

#5 Enchaunter: Body Lotion Moisture Silk 

Losyen badan mampu milik sudah menjadi kegemaran ramai wanita Malaysia. Haruman mewah dan pekat antara sebab ia menjadi pilihan selain kebaikan melembab. Penggunaan berterusan losyen Enchaunter ini mampu menghasilkan kulit yang lembut dan halus. 

Foto – Lipstiq.com
Amaran! 

Jangan sesekali pakai krim atau losyen badan pada muka kerana teksturnya lebih tebal dan biasanya mengandungi wangian yang boleh beri iritasi pada kulit wajah. Jadi sila pakai krim atau losyen yang berasingan. 

Tags: Crabtree & Evelyn: Pomegranate & Argan OilEnchaunter: Body Lotion Moisture Silklosyen badan paling baguslosyen badan terbaikOrigins: Ginger SouffleThe Face Shop Body: Hand & Body Shiffon Creamvaseline total moisture
Share8SendShare

IKLAN

Artikel Berkaitan

Foto - Editorialist
Kecantikan

Pakai Lipstick Nude Macam Ini Agar Tak Nampak Pucat

by IamLisa
May 20, 2022
0

Siapa dekat sini sukakan gincu nude berbanding rona yang lain? Dalam melakukan aktiviti seharian, gincu bibir nude menjadi produk mekap yang...

Baca Lagi
Foto - meeth
Kecantikan

Eksklusif: meeth, Kosmetik Mewah Dari Jepun Dibuat Untuk Para Ibu

by IamLisa
May 20, 2022
0

Kamu sedang bekerja di rumah atau pejabat? Memandangkan kita beransur-ansur mula kembali ke tempat kerja, tetapi masih ada kaum ibu...

Baca Lagi
Foto - Kate Spade
Fesyen

Rasai Musim Panas Kate Spade Cabana Pop Up Di KL Journal Hotel

by IamLisa
May 20, 2022
0

Musim panas mengingatkan kamu pada cuaca panas terik, sandal dan selipar, serta fesyen warna-warni yang ceria dan nipis. Kate Spade...

Baca Lagi
Foto - PUMA
Fesyen

#DIVAReview PUMA Run XX Nitro, 3 Sebab Kenapa Ia Eksklusif Untuk Wanita!

by Opie Azizlan
May 19, 2022
0

Bila sebut tentang kasut larian, DIVA yakin pasti ada yang segelintir individu yang anggap kasut larian semuanya sama. Tak kiralah...

Baca Lagi
Artikel Selanjutnya
Diva MY

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: [email protected]




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.